Rabu, 31 Disember 2008

Aku Kini di Flickr. Pindah Ke Rumah Sewa. Membeli-Belah di Batu Pahat. Berakhirnya Tahun 2008.

1. Selaras dengan minat aku dalam bidang seni fotografi dan juga kegilaan aku dalan menjalin hubungan rakan dalam rangkaian sosial yang kini menjadi trend di alam siber, kini aku telah mewujudkan diri aku di salah satu laman web perkongsian foto yang terkenal iaitu Flickr (http://www.flickr.com). Oleh itu, aku juga telah mewujudkan satu 'link' atau sambungan di bahagian Rangkaian Sosial Aku supaya korang boleh melihat koleksi foto yang aku kumpul sekian lama. Berikut adalah petikan kata di profil Flickr aku:
Aku seorang yang amat meminati bidang seni fotografi..........
Kadang-kadang ia boleh membuat kita terpegun dengan calitan seni yang terungkap di dalamnya.........
Yang mana seni itu boleh dirungkai tafsirannya dengan pelbagai cara bergantung kepada siapa pemerhati dan pengkritiknya.......
Ia boleh terjadi sama ada dengan sengaja dan tidak sengaja.........
Ia juga boleh membentuk kita supaya menjadi seorang yang teliti dan mempunyai halus jiwanya...........
Serta dapat memperkembangkan kemahiran yang dimiliki supaya menjadi lebih kreatif dan kritis pemikirannya............
Itulah ia seni fotografi.........
2. Setelah sekian lama menumpang di rumah atuk aku, kini aku telah berpindah ke rumah yang telah aku sewa sejak lebih sebulan yang lalu. Boleh dikatakan rumah sewa ini agak selesa dengan beberapa kelengkapan perabot seperti kerusi sofa, meja makan, katil masih lagi elok sementelahan ditinggalkan oleh tuan rumah yang telah berpindah ke rumah barunya yang lebih besar. Memandangkan ruangan di rumah atuk aku agak terhad, terpaksalah aku berpindah keluar walaupun atuk aku agak keberatan untuk melepaskan aku. Iye lah atuk mana tak sayang cucu. Tapi dia sudi melepaskan aku sebab dia tahu aku memang dah biasa berdiri di atas kaki sendiri semenjak di sekolah menengah lagi. Lagipun, bukan jauh sangat pun rumah sewa aku dengan rumah atuk aku. Dalam 5-10 minit naik kereta sampailah. Tambahan pula, aku memerlukan ruang yang agak besar untuk diletak dan ditampung dengan pelbagai barang penting yang aku bawa dari rumah untuk mengharungi kehidupan sebagai guru yang entah berapa lama akan aku mengajar di sekolah itu. Mana tau mungkin satu hari aku akan kembali jua ke negeri warisan dunia iaitu Melaka.
3. Jualan murah masih belum tamat. Jadi aku bersama Azad telah pergi ke pasaraya Carrefour untuk membeli beberapa barang kelengkapan bilik aku yang masih lengang. Lagipun, aku cuma nak tau jalan untuk ke pasaraya itu supaya senang lepas ni kalau ada barang yang nak dibeli. Sebab aku dah merayau di pasaraya lain takde barang yang berkenan. Mujur ada Carrefour. Satu lagi terima kasih kat Azad sebab sudi belanja aku minum pagi kat kopitiam Rengit Coffee yang terletak di Carrefour tu. Jadi aku telah memilih untuk makan 'Lemon Chicken Sandwich' dan 'Milk Mocha'. Sedap jugak rasanya. Barang-barang yang aku beli seperti papan menggosok, pemutar skru, rak kayu kecik, 'garment rack', 'garment wardrobe'. Entah tiba-tiba boleh terbeli pulak sehelai baju dan dua pasang seluar track. Habis la jugak dalam RM200 lebih kurang. Selesai membeli-belah di Carrefour, kitaorang bercadang pulak untuk pergi makan kat satu kedai nasi beriani paling terkenal di Batu Pahat iaitu Nasi Beriani Mat Shah. Kedainya terletak di 'foodcourt' Peserai. Waktu kitaorang gi situ memang ramai orang menikmati nasi beriani di situ. Terjumpe pulak sorang cikgu sekolah merangkap rakan sekerja aku iaitu Cik Norul. Lagi sekali Azad belanja. Aku cuma belanja air limau ais je. Sedap jugak airnya. Walaupun begitu, pada hari tersebut aku berasa puas sebab akhirnya dapat jugak melengkapkan bilik aku serba sedikit.
4. Bersempena hari ini adalah bertarikh 31 Disember 2008, aku paksa jugak diri aku untuk mengemaskini dan membuat catatan terakhir sebagai simbolik sebelum menjelangnya 1 Januari 2009. Segala apa yang aku rasakan, apa yang aku capai pada tahun ini biarlah aku simpan sahaja di benak kepala otak aku ini. Memang diakui tahun ini macam-macam peristiwa gembira, sedih telah aku alami. Mengenai azam pula, aku tidak ada sebenarnya. Tapi apa yang telah aku fikirkan kini ialah untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan aku iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh itu, di sini aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009M serta sedikit terlewat untuk mengucapkan Selamat Maal Hijrah 1430H. Semoga hidup kalian semua diberkati selalu.

Sabtu, 27 Disember 2008

Sudah Punye Broadband Sendiri. Kembali Ke Sekolah.

1. Setelah memiliki barang penting yang pertama (bole dirujuk pada catatan sebelum ni), kini barang penting yang seterusnya adalah memiliki talian broadband sendiri. Pemilikan broadband memang dah lama aku idam2kan. Kiranya macam talian hayat aku untuk terus berhubung dengan semua rakan yang aku kenali dari sekolah rendah hinggalah di universiti atau di mana2 saja sama ada di Friendster, Myspace, Facebook, Blogger dan berchat di YM. Nak antar emel pun senang. Di samping itu yang paling penting bagi aku memerlukan broadband ni bukan apa sebab dapat memudahkan aku untuk mencari dan mengakses bahan2 menarik yang merata2 di laman2 web agar dapat digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Tak perlu lagi untuk ke kafe siber selalu. Nak harapkan buku teks saja tak cukup. Jadi aku juga tak nak pelajar bosan dengan matapelajaran ini. Aku mesti berusaha supaya pelajar minat dengan subjek penting ini.
2. Sebenarnya aku kini sudah kembali ke sekolah. Kali ni bukan lagi sebagai pelajar sekolah yang telah aku tinggalkan 5-6 tahun dahulu dengan pelbagai memori terindah yang tercipta tetapi sebaliknya kini aku telah kembali dan dipertingkatkan tarafnya sebagai seorang guru yang bertanggungjawab untuk mendidik anak bangsa tanahairku. Cewah ayat. Lagipun bukan apa, pihak sekolah dah panggil untuk mesyuarat guru. Walaupun begitu, aku belum tau lagi subjek yang kena ajar tetapi akan diberitahu apabila mula sesi persekolahan nanti. Cuma menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan perancangan sekolah tahun depan termasuk peringatan yang berkaitan dengan guru. Tak semua maklumat dalam mesyuarat guru dapat diserapkan sepenuhnya di benak kepala aku ni disebabkan gurau senda guru yang tak kurang hebatnya sementelahan bertemu semula selepas bercuti lama. Tugas2 jawatankuasa pun telah turut dinyatakan dalam buku takwim sekolah dan senarai tugas yang diberi
sebelum mesyuarat bermula. Jawatankuasa yang aku terlibat bole tahan juga. Tapi per2 pun aku menganggap semua ini sebagai lumrah tanggungjawab aku sebagai guru dalam memastikan sekolah ini dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan efisien dan dapat mencapai semua misi dan visi yang telah ditetapkan.

Ahad, 21 Disember 2008

Perancangan Untuk Membeli-Belah. Kenduri Kahwin.

1. Sekarang ni musim jualan murah yang sedang berlangsung dari 29hb nov lepas hinggalah 4hb jan depan. Tiba2 aku rasa tidak patut untuk melepaskan jualan akhir ni. Tambahan pula aku baru dapat duit sendiri. Ish! Tak bole jadi ni. Walau macam manapun, aku kena gi jugak. Jadi aku telah merancang untuk membeli beberapa barang penting supaya tak terlebih bajet. Cadangnya yang pasti baju (mesti beli). Lepas tu, barang2 untuk kelengkapan rumah sewa aku. Lagi satu, alat tulis pun penting jugak. Aduhai bole tahan juga senarai barang yang nak kena beli. Huhu.
2. Baru2 ni, aku telah menghadiri 2 kenduri kahwin. Aku pun memang dah maklum dalam musim cuti skolah ni adalah musim orang ramai naik pelamin. Salah satunya dekat kampung mak aku je. Dan yang satu lagi tu dekat kuantan. Walaupun jauh tapi aku suka sebab dapat jalan2 menjelajah negeri orang. Kadang2 aku seronok juga tengok orang kahwin ni sebab dapat meraikan peristiwa yang paling bermakna dalam hidup diaorang. Sekali dalam seumur hiduplah katakan. Dari sambutan yang serba sederhana hinggalah yang semeriah macam Mawi dan Ekin yang kahwin minggu ni. Ada jugak aku terfikir bila agaknya aku dapat naik pelamin ye. Teeeet! (bunyi ala2 Fara Fauzana). Macam mana nak naik pelamin, calonnya pun takde lagi. Oops! Terpecah di mulut pulak.

Sabtu, 13 Disember 2008

Tempahan Penting Yang Telah Tiba. Jawapan Kepada Anisfami & I-nie. Bil Telepon Melambung.

1. Dalam catatan blog bertajuk "Tempahan Penting", aku ada menyatakan bahawa aku telah membuat satu tempahan yang amat penting. Catatan ini telah mencetuskan teka-teki kepada 2 orang kawan aku ni. Maka tanggal petang semalam selamatlah tiba benda yang aku tempah itu. Aku menjangkakan ia akan tiba pada minggu depan berdasarkan beberapa prosedur yang perlu dilalui oleh benda itu. Tapi sebaliknya, pada pagi Jumaat tu, jurujual itu telah menelefon aku agar mengambilnya. Memang gembira betul aku waktu tu. Terus hilang mamai tido pagi tu. Disebabkan aku tak berape biasa lagi, aku pergi mengambilnya dengan abah aku pada petangnya. Setelah menandatangani beberapa dokumen sebagai tanda penyerahan benda itu, maka secara rasmi benda itu kini menjadi milik aku. Yang tinggal sekarang aku harus membayar benda itu setiap bulan dan menghantar ia untuk pemeriksaan rutin pada waktu ditetapkan. Walaupun begitu, aku tak kisah sebab aku dah suka dan mula jatuh hati dengannya. Sebenarnya benda yang aku maksudkan dalam cerita ni ialah Persona, kereta aku sendirian berhad. He.
2. Jawapan kepada pertanyaan korang tu aku dah jawab dalam perenggan sebelum ni. Aku tak dapat nak jawab dalam blog korang sebab internet aku kat sini ada kureng skit. I-nie! Bila ko tanya pasal nametag tu, baru aku teringat nak buat.
3. Aduhai! Bil telepon aku melambung lagi. Kali ni dah mencapai seratus lebih. Terpaksa la aku bayar nanti kat abah. Dah tak nak membebankan dia lagi. Bil2 lain pun dia kena bayar juga. Lepas ni, aku akan cuba untuk mengurangkan bil telepon aku ni. Huhu.

Selasa, 9 Disember 2008

Hari Raya Qurban

Pada raya kali ni, aku telah menyambutnya di kampung sebelah mak aku memandangkan sorang mak sedara yang aku panggil Mak Ngah melakukan ibadah korbannya di sini. Walaupun adik aku tak dapat balik sebab jadi ajk sukan universiti asean, namun sambutan tetap juga meriah berada di samping mak2 sedara & sepupu2 aku yang begitu ramai. Juadah seperti ketupat turut dibuat. Yang paling best ada kari ayam kampung. Nyam nyam sedapnya. Hujan lebat yang bermula dari malam raya hinggalah siang keesokannya telah menyebabkan banjir di belakang umah Mak Minah aku tu. Nasib baik tak sampai air dalam umah sebab kawasannya yang agak tinggi. Oleh itu di kesempatan pada ari yang mulia ini, aku ingin ucapkan selamat ari raya Aidul Adha kepada semua kawan blogger aku yang beragama Islam.

Sabtu, 6 Disember 2008

Cuti-Cuti di Rumah. Tempahan Penting.

1. Masuk ari ni, cukuplah seminggu aku dok di rumah. Merehatkan diri setelah mengharungi 3 minggu untuk orientasi di sekolah. Walaupun begitu, takde lah aku dok goyang kaki je. Ada la skit mengemas umah, sapu2, basuh pinggan mangkuk belanga, sidai &angkat baju. Keje2 yang aku slalu kena buat kalu balik umah. Di samping itu, aku juga sedang merancang tentang barang2 yang akan dibeli & dibawa untuk diisi dalam rumah sewa aku tu nanti. Dalam tengah relaks2 di rumah, tiba2 melayang di ingatan aku semasa majlis penutup program orientasi di ppd batu pahat minggu lepas, ada sorang perempuan ni tiba2 menegur aku. Seperti biasa, aku tak mengenalinya. Lepas tu, perempuan ni terus bukak citer yang mengatakan bahawa muka aku ni dia pernah jumpe masa aku tadika abim dulu dan naik bas skali untuk balik umah. Fuh! Punye lah aku kagum dengan perempuan ni. Ingat lagi dia muka aku ni. Dia ada bagitau pasal liyana, jiran belakang umah merangkap rakan skolah rendah aku tapi
kini dah pindah. Umah perempuan ni pun sebelah je dengan taman perumahan aku. Tapi masa kat ppd tu, takde pulak geng ukm aku jumpe sebab aku rasa macam ada je.
2. Dalam dok di umah beberapa ari ni, aku juga telah menempah suatu benda yang bagi aku penting semasa di sekolah nanti. Semalam, aku juga telah menandatangani perjanjian & borang2 berkaitan untuk tempahan itu. Berdasarkan kata penjual itu, benda itu akan sampai dalam 2 minggu lagi. Aku harap benda itu sampai tepat pada masanya sebab aku dah tak sabar untuk menggenggamnya. Yuhoo!

Jumaat, 28 November 2008

Minggu Terakhir Orientasi.

masuk ari ni, maka cukuplah tempoh orientasi aku di sekolah ini seperti yang telah ditetapkan oleh JPN Johor. detik2 macam ini memang aku tunggu. kawan2 yang skali dengan aku pun sama. ada antara kawan aku ni dah siap sedia beli tiket sebab dah tak sabar nak balik kampung. rindu mak bapaklah katakan. apa yang tinggal kini kami perlu kembali ke ppd batu pahat untuk bagi maklum balas tentang sesi orientasi yang telah dilakukan oleh sekolah masing2. termasuklah kena antar laporan harian orientasi dan juga esei. pada mulanya aku kena berkumpul pada ari khamis. kemudian telah ditangguhkan kepada ari jumaat. petang pulak tu. bagus sungguh strategi. nak suruh abis orientasi sampai hujung minggu ni jugak. tapi takpe aku redha je. minggu ini, skop orientasi yang dibuat ialah perkara2 yang berkaitan dengan pengurusan, organisasi pejabat, infrastruktur sekolah dan pengurusan inventori. walaupun, ada beberapa perkara tu aku tak faham sebab baru pertama kali aku mendengarnya. tapi aku tak kisah. nanti dah lama2 aku akan faham jua.

Ahad, 23 November 2008

Orientasi Minggu Ke-2

Di keheningan pagi Ahad, aku berasa sungguh tenang. Setenang air Parit Lubok yang terus mengalir di kawasan kampung atuk aku ni. Ketenangan yang agak susah untuk didapati di bandar yang selalu hingar-bingar dengan bunyi kenderaan. Kadang2 aku juga terfikir alangkah bersyukurnya apabila ditempatkan di SMK Semerah. Aku mengakui cabaran sebagai seorang guru di sekolah pinggir bandar @ kampung amat berbeza berbanding sekolah di bandar. Itulah yang aku rasai sepanjang minggu kedua orientasi ni. Minggu ni, orientasi aku berjalan seperti biasa dengan skopnya berkaitan pengenalan kepada semua unit & jawatankuasa yang terdapat di bawah GPK Akademik, GPK HEM & GPK Ko-Ku. Semasa orientasi dengan GPK HEM, en. Razif telah meletakkan aku di bawah unit data & maklumat dan unit disiplin. Untuk unit disiplin, bukanlah aku kena jadi guru disiplin memandangkan aku susah nak jadi garang tetapi sebagai pencatat rekod dalam e-disiplin (guna komputer). Manakala dalam unit
data & maklumat (guna komputer jugak) pula, aku telah dilantik sebagai penyelaras unit atau dengan kata lain sebagai ketua. Alamak baru masuk dah jadi ketua. Aku pun tak tau mengapa aku mendapat kepercayaan sebegitu sekali. Walaupun begitu, aku tetap menganggapnya sebagai satu tanggungjawab yang harus dipikul atas kepercayaan yang telah diberi. Aku terima je la. Minggu ni pun minggu cuti sekolah. Jadi en. Abu, GPK telah memberi kebenaran kepada aku dan rakanku untuk datang sebelum pukul 8 pagi dan balik selepas jam 12 tengahari. Tidak seperti hari biasa yang memerlukan aku duduk di sekolah hingga jam 2 petang. Jadi sekarang ni atas arahan PPD kepada guru baru macam aku, kena la aku mengarang satu esei mengenai hari pertama di sekolah. Wajib buat dan diantar ke PPD lagi.

Sabtu, 15 November 2008

Lapor Diri Bahagian 2. Orientasi.

1. Sebagai kesinambungan daripada catatan blog sebelum ni, kini aku nak ceritakan pengalaman melapor diri di johor bahru pada 10hb lalu. Tidak seperti tahun2 sebelumnya yang dikehendaki melapor di ppd, aku termasuk bakal2 guru lain dikehendaki melapor diri di bangunan Kompleks Islam, jb. Pada pagi lapor diri itu, aku merenung ke luar tingkap hotel penginapan sambil melayan perasaan yang bercampur baur. Mana taknya aku akan menghadapi satu alam baru iaitu alam pekerjaan. Aku seperti biasa bertolak awal untuk mengelak kesesakan. Pada mulanya, tidak kelihatan siapa pun aku kenal. Setelah aku melakukan pendaftaran di kaunter daerah batu pahat, barulah aku menjumpai geng ukm. Dayah, ira, iman, dan beberapa orang yang aku kenal muka je. Seperti biasa, ada la taklimat, motivasi skit oleh pihak jpn johor. Amat mengejutkan apabila ditunjukkan statistik pengambilan guru lelaki & perempuan. Amat sedikit bilangan guru lelaki. Untuk batu pahat sahaja, ada
pengambilan 9 orang guru lelaki sahaja. Keseluruhan johor hanya ada 96 orang guru lelaki daripada 700 orang guru baru. Bayangkanlah. Mula2 aku ingat sorang je lelaki & 4 perempuan kena kat sekolah Semerah tu. Nasib baik ada sorang lagi. Selepas abis taklimat 2-3 jam tu, kami pun mula bergerak ke daerah masing2. Dalam pada itu, sempat la jumpe jensen, sarah, faizal, nurul, eyat, farah, arathai & geng tesl lain. Jadi sekarang aku cuba untuk mengadaptasi diri ini dengan budaya tempat kerja iaitu sekolah & kehidupan di kampung. Huhu.
2. Seperti biasa la, jadual aku telah dipenuhi dengan orientasi tentang sekolah. Bermula dari pentadbirannya sampailah persekitaran sekolah. Amik masa 3 minggu lamanya. Setakat minggu pertama ni, aku rasa dah mula nampak macam mana keadaan sekolah ni. Tugas2 pejabat dah mula diberi walaupun tugas utama cikgu mengajar. Cikgu2 yang sedia ada pun dah mula kenal kami berlima. Cuma pelajar kat situ je tak brape kenal. Maklum la dah dekat cuti akhir tahun, kami tak masuk kelas pun lagi.

Selasa, 4 November 2008

Buat Biskut. Menara Taming Sari. Persiapan Lapor Diri.

1. Aik apehal nya buat biskut lagi ni. Raya kan dah lama berlalu. Ha. Bukan apa. Ini semua atas permintaan adik aku yang balik ke rumah baru2 ni. Katanya nak bagi kawan2nya rasa. Aku pun apalagi. Suka la aku dalam bab masak-memasak ni sementelahan bahan2nya telah ada sejak sebelum raya lagi. Lagipun bukan susah nak biskut ni. Jadi takde masalah untuk membuatnya asalkan mengikut kuantiti bahan yang telah dinyatakan dalam resepi. Tambahan pula aku pun suka jugak makan biskut ni. Walaupun baru pertama kali aku mengadun biskut ni, tetapi hasilnya amat meyakinkan. Takde satu pun hampeh atau dengan kata lain tak menjadi. Ada harapan la kalu aku nak buat bisnes biskut raya lepas ni. Hehehe.
2. Pernahkah korang mendengar mengenai Menara Taming Sari yang ada kat Melaka tu? Kalu korang rajin bukak suratkhabar, tentu tau pasal menara tu. Ha. Baru2 ni pun famili aku sempat la menaiki menara. Sebenarnya kitaorang tak bajet pun nak naik menara tu. Tapi ntah macam mana rasa teringin nak naik pulak. Dengan bayaran RM10 seorang bagi warganegara Malaysia (kena tunjuk IC), dapat la naik menara tu. Menara tu spesial skit sebab ia akan berputar 360 darjah pada ketinggian 80 meter. Dari situ, aku dapat tengok keindahan bandaraya Melaka pada waktu malam dengan limpahan cahaya warna-warninya. Aku rasa dalam dekat 10 minit jugak ia berputar atas tu. Jadi rancangan famili aku pulak lepas ni nak naik Eye on Malaysia yang akan dibuka tak lama lagi.
3. Gementarnya. Sekarang ni tinggal lebih kurang 6 hari je lagi aku akan melapor diri di sekolah. Sekolah mana aku tak tau lagi. Kena turun ke jb baru tau dapat sekolah mana. Menurut citer senior, sebelum ni hanya lapor diri terus kat ppd je. Tapi tahun ni jpn johor buat lain skit. Mungkin nak elak ada bakal guru yang buat rayuan untuk mengajar di sekolah tertentu sahaja. Hmmm.

Khamis, 16 Oktober 2008

Raya Mode. Penantian Yang Bakal Berakhir.

1. Sedar tak sedar, dah 2 minggu hari raya berlalu. Namun begitu, amalan kunjung-mengunjung dan penganjuran rumah terbuka masih lagi berjalan. Ada jugak yang turut mengadakan kenduri kahwin. Aku pun banyak menerima jemputan untuk ke rumah terbuka sampai tak terlarat nak gi kesemuanya. Baru2 ni rumah aku pun tak ketinggalan untuk turut mengadakan rumah terbuka. Penatnya punye la dahsyat. Sampai kaki aku sakit untuk berjalan esoknya. Mana taknya kejap2 kena kejar untuk isi lauk yang dah abis. Lepas tu pulak kena bancuh air. Macam la kena buat. Hmm. Memang ramai betol umah aku ari tu. Sedara-mara lagi, jiran2 umah dan kawan sepejabat mak bapak aku semua datang. Meriah jadinya. Bila esoknya, terpaksa kena kemas pinggan mangkuk dan periuk belanga pulak. Huhu.
2. Penantian aku setelah menganggur selama 6 bulan bakal berakhir tidak lama lagi. Ini adalah berikutan daripada pengumuman penempatan mengajar pada minggu lepas. Mulanya, ia akan diumumkan pada tarikh 13hb tapi rupa2nya lebih awal dari tu. Pengumuman awal tu pun aku tau melalui sms kawan2 yang mengatakan dah boleh check sebelum dari tarikh itu. Kepada semua yang dah tau penempatan masing2, tahniah diucapkan. Berdasarkan maklumat kawan2, ramai batch fak aku telah diantar ke selangor dan johor di samping sabah dan sarawak. Dan aku bersyukur kerana KPM menempatkan aku di selatan semenanjung je. Hehe.

Isnin, 6 Oktober 2008

Raya. Posting.

Tensionnya. Huhu. Internet tak ok lagi. Ntah ape masalahnya pun aku tak tau. Harap2 lepas ni ok la. Berkenaan dengan sambutan raya aku kali ni, bagi aku sama je macam tahun2 sudah. Baju raya pun pakai yang lama punye. Huhu. Baru2 ni pun, famili aku bersama beberapa pakcik2 & makcik2 aku telah berkonvoi kereta ke beberapa negeri untuk ziarah sedara2 yang ada kat sana. Rayalah katakan. Seronok sangat dapat berjalan jauh2 ni. Duit raya pun aku dapat lagi. Tebal betul muka aku ni. Hehe. Khabar terbaru yang aku tau surat posting telah mula diantar. Ada la beberapa orang kawan aku dah dapat surat tu. Tahniah la diucapkan. Aku pulak tak dapat lagi. Terpaksa aku tunggu 13hb ni untuk tau dapat mana. Nervousnyer.

Jumaat, 26 September 2008

Line Internet. Shopping. Raya. Posting.

  1. dah beberapa hari aku bergelut untuk sambung internet. dan akhirnya dapat jugak gi internet ari ni. amik masa dalam 2-3 ari gak. mana taknya, bila tekan dial untuk gi internet dapat connect, ada data sent tapi takde data received. ntah ape masalah TMnet waktu tu. harap2 lepas ni tak berulang lagi. tension  bila tengok kut gprs hp dah banyak mesej kat inbox emel aku. tak puas kalu surf ikut handphone. dah le mahal kos gprs tu. hmmm.
  2. dalam minggu ni gak, aku berkesempatan untuk gi shopping baju raya. maklum lah sale kat shopping complex menawarkan potongan harga yang banyak. jadi bile lagi nak dapat baju berkualiti dengan harga yang murah. masa ni lah perlu direbut. kebetulan pulak mak bapak aku amik cuti. dapat spend masa lebih sikit untuk memilih baju yang berkenan. hehe. yang best ari tu pun ari orang kerja, jadi tak ramai le orang yang ada kat tempat shopping tu. aku rasa macam buat private shopping pulak sebab jurujual kat situ hanya melayan famili aku je. tambahan pulak malas nak bersesak dengan orang terutama sekali masa nak bayar. kena beratur panjang. tak best.
  3. raya pun dalam kurang seminggu je lagi. kemeriahannya pun aku dah terasa. bile lalu kat kawasan kampung2, mereka semua dah pasang pelita di keliling rumah dan ada tu dah pasang lampu kelip2 untuk menambahkan lagi kemeriahannya. ada jugak kampung2 tu yang telah mengambil inisiatif untuk memasang pelita di seluruh kampung. nampak cantik di waktu malam. ini juga mengimbau kembali kepada nostalgia aku semasa arwah atuk abah aku masih hidup. dia la yang bertanggungjawab dalam memasang pelita di rumahnya. tapi memandangkan dia dah tiada, jadi pak sedara aku yang memasang sekarang.
  4. dalam penantian untuk menunggu kerja, akhirnya aku mendapat maklumat bahawa posting akan dilakukan pada bulan 11 nanti. tak sabar rasanya nak bekerja.

Sabtu, 20 September 2008

Penambahbaikan Blog.

setelah sembilan bulan membabitkan diri dalam dunia blog ini, beberapa penambahbaikan telah dilakukan dalam blog aku nih. semua ini aku lakukan supaya blog ini kelihatan kemas dari segi layoutnya dan tersusun gaya bahasanya. aku juga turut mendapat beberapa maklum balas daripada pembaca-pembaca blog aku ini. dan dari masa ke semasa, aku akan terus menambahbaik blog ini selagi adanya maklum balas dari pembaca dan juga idea-idea yang wujud di dalam kepala aku nih. jadi maklum balas dari pembaca masih lagi aku perlukan. sekian.

Khamis, 18 September 2008

Bulan Pose. Hard Disk.

  1. alhamdulillah, kita sekarang dah masuk separuh bulan yang ke-2 di bulan Ramadan. kejap betul masa berlalu. malah semalam, aku pun dah mula dengar lagu-lagu raya yang penuh nostalgia itu diputarkan di corong radio. walaupun aku rasa macam awal lagi tapi aku yakin semakin ke penghujung bulan ini, ia akan menjadi semakin sedap didengar di halwa telinga kita semua. pengalaman berpuasa aku kali ni macam biasa tapi mungkin berbeza skit. iyelah macam masa aku blaja kat UKM tuh, selalu berbuka puasa bersama kengkawan yang sejiran bilik. seronok lah jugak saling bertukar citer masa tengah makan. hehe. tahun ni pulak berbuka puasa dengan keluarga sendiri. mak aku pun dah mula membeli bahan-bahan untuk membuat biskut raya dan kek. mungkin pada kali ni, aku akan menolong mak aku untuk buat biskut semua tu. maklum lah dah dok umah, tak macam dulu dok kat UKM. jangan korang tak tau, aku pun minat jugak dalam adun-mengadun biskut ni. hehe.
  2. nasib baik dalam bulan pose, kalu tak rasa macam nak makan orang je. hard disk komputer dah banyak bad sector. huarghhh. sampai terpaksa diganti. kalu tak akibatnya komputer aku jadi tak stabil. walupun bole guna lagi tapi ada masa-masanye dia akan buat hang. nampaknya aku terpaksa slalu buat backup. jadi masalahnye sekarang bukan soal harga hard disk tu, tapi kat mana aku nak dapatkan hard disk yang sesuai dengan komputer aku. huhu.
  3. nampaknye senarai kawan facebook aku semakin bertambah. jadi kepada sesiape yang ade facebook tu, add la aku yerk.

Isnin, 8 September 2008

Bulan Puasa, Tahniah dan Facebook

  1. sekarang [ pada hari penulisan blog ini], sudah seminggu waktunya kita telah menunaikan ibadah puasa ini. cepat betul masa berlalu. seperti biasalah pada malamnya, aku selalu pergi sembahyang tarawih bersama bapa aku. teringat masa aku dok kat UKM tuh, selalu gi masjid bersama kawan untuk sembahyang tarawih. sanggup berjalan walaupun hujan. aku tak kisah. jarang sembahyang kat surau kolej. bukan sebab tak suka dengan surau tu tapi padat sangat jemaahnya sampai melimpah keluar. jadi faham2 sajalah panasnye surau tu kalu dah ramai. aku pulak jenis tak tahan panas. kalu kat masjid UKM tu walaupun ramai jugak, tapi takde lah berimpit2 ditambah pulak ada kipas besar kurang panas skit. FYI, aku biasanya sebole2 akan cari peluang untuk cari tempat paling strategik iaitu yang paling hampir dengan kipas. nyaman je bile sembahyang. baru khusyuk. hehehe. nakal kan.
  2. baru2 ni, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengumumkan nama universiti pertama dianugerahkan Universiti Apex iaitu Universiti Sains Malaysia (USM). jadi di kesempatan ni, nak ucap tahniah lah kat universiti tuh serta semua warganya kerana berjaya atas penganugerahan status tersebut. semoga USM berjaya melonjakkan lagi statusnya sekarang kepada universiti yang bertaraf dunia serta berjaya masuk dalam ranking sepuluh universiti terbaik pada masa akan datang. walaupun aku sedih sebab UKM tak dapat status tu, diharapkan pada masa2 yang mendatang UKM akan dapat jugak status tu. UKM bole punye!.
  3. disebabkan ledakan fenomena Facebook yang semakin pesat, aku akhirnya telah melebarkan lagi rangkaian sosial (social network) dalam Facebook ni. jadi kepada sesiapa yang ada Facebook tu, add la aku yerk. dan tak lupe dalam Myspace jugak. tapi Friendster aku tak lupakan. masih on lagi tau.

Selasa, 2 September 2008

Ahlan Wa Sahlan Ya Bulan Ramadan al-Mubarak

kejap je masa dah berlalu dan sekarang kita dah bertemu kembali dengan bulan Ramadan yang mulia ini. masuk hari ni dah hari kedua kita berpuasa [pada hari blog ni ditulis]. hari pertama tu biasa lah kita akan berasa letih sikit termasuk lah aku. nanti lama kelamaan hilang lah perasaan tu. teringat aku masa mula2 berpuasa di waktu umur budak2, macam2 pe'el nak elak puasa. hehehe. pengalaman berpuasa di UKM pun aku tak bole lupakan. mana taknye kena bangun sendiri dan kunci jam mintak tolong kawan2 untuk kejutkan sahur. kat umah boleh lah ada orang tolong kejutkan. masa tu pun, aku suka gi bazar Ramadan dengan kawan2 dan berbuka beramai2 dengan mereka. slalunye kalu free petang tu, aku akan gi bazar Ramadan kat Bangi tuh. seronok bile tengok macam2 juadah yang dijual di situ.
di kesempatan ni, aku rasa tak terlambat nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak. diharapkan kita semua dapat merebut segala fadhilat yang terkandung di bulan yang mulia ini. kita pun tau pada bulan ini semua pintu2 syurga terbuka dengan seluas-luasnya manakala pintu2 neraka tertutup rapat dengan semua iblis2 dan syaitan2 telah dikurung di dalamnya. jadi selamat berbuka juga.

Rabu, 27 Ogos 2008

Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh

hmmmmmm! memang aku dah agak. DSAI akan menang punye. kalu kita dapat lihat pada plihanraya umum pada Mac lepas. DSAI tak bertanding pun dah beri menang besar kepada Pakatan Rakyat. kalu dia bertanding, lagi lah hebat. kalu kita ikut sejarah pilihanraya kecil yang lepas, BN biasanye akan menang di kawasan yang ditandinginya. mana taknya, habis semua jentera dia turun. tak cukup dengan tu, abis semua suratkhabar dan TV diaorang kuasai untuk tujuan kempen. aku tak salahkan media2 tersebut 100%, aku faham. diaorang mesti kena tekan dengan 'orang atas'. di sini aku menunjukkan satu statistik keputusan rasmi pilihanraya di Permatang Pauh pada 8 Mac yang lalu dan 26 Ogos 2008. korang bole lah simpulkan sendiri ye.

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (P44):

Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

(Sumber: http://anwaribrahimblog.com/)

Rabu, 20 Ogos 2008

Kembali Ke Asal

kini aku sudah kembali ke rumah. walaupun lebih daripada seminggu aku telah dok di UKM tuh, tapi aku tetap kena kembali jua. beberapa kali parent aku tepon tanya bile nak balik. ikutkan hati, nak duduk lebih lama lagi tapi apakan daya aku kini bukan lagi pelajar UKM. terima kasih kepada dua orang kawan baik yang sudi menumpangkan aku di bilik mereka sepanjang minggu konvo itu. jadi pada jumaat lepas, selepas sembahyang aku terus balik. melihat kepada orang yang agak ramai pada petang tersebut, aku mengagak mesti tiket untuk balik ke Melaka laris macam pisang goreng panas atau dengan kata lain tiket akan abis cepat. rupe2 nya memang betul tekaan aku, sesampai di kaunter telah ditampal notis bahawa tiket telah habis. aku tak terus gabra pada waktu tu kerana aku bole naik bas lompat. aku tahu ni pun sebab pernah mengalami situasi yang sama sebelum ni. walaupun lambat sampai, tapi nak buat macam mana. takkan aku nak tido kat terminal bas tu. akhirnya, sampai jugak ke rumah aku dan pada yang sama adik aku dari UiTM juga turut balik sebab cuti seminggu. sekarang kehidupan aku telah kembali kepada asal. cuma menunggu surat penempatan je yang akan tiba pada bile2 masa sahaja. tak sabar rasanya aku.

Rabu, 13 Ogos 2008

Temuduga Sudah, Konvo Sudah, Kerja Je Belum

syukur kepada Tuhan, aku akhirnya telah selamat dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Fizik) pada tanggal 12hb Ogos 2008 dengan disampaikan oleh Pro Canselor. hasil pengajian aku selama 4 tahun di UKM kini diiktiraf dengan segulung skrol ijazah. jadi kini, aku hanya perlu menunggu surat posting yang belum dapat dijangka bila ia akan tiba di rumahku.

Isnin, 11 Ogos 2008

Hari2 Konvo Di UKM

untuk makluman, aku sekarang ni berada di UKM. dah dekat 6 hari aku dok di sini. dah lame tinggalkan UKM, jadi dok lame skit sebab nak jumpe kengkawan yang graduate sekarang. best tengok orang dok terima ijazah atas pentas. tapi aku pun tak lame lagi nak naik pentas jugak untuk terima ijazah yang aku idam2kan selama ni. jadi, korang pun boleh tengok secara online jugak konvo ni iaitu melalui url http://pkukmweb.ukm.my/pkukm/video/live.html.

Jumaat, 8 Ogos 2008

Pengalaman Temuduga

akhirnya aku telah lega sekarang kerana aku telah berjaya menempuhi saat yang penting sebelum ditempatkan di sekolah iaitu sesi temuduga. pada mulanya aku berasa sangat gementar kerana memikirkan apa yang akan ditanya oleh panel penemuduga nanti. iye lah kadang2 tu panel ni boleh tanya soalan yang tidak terjangka oleh kita. tapi syukur aku pada hari tersebut sebab soalan2 yang ditanyakan kepada aku tidak lah brape mencabar sangat. cuma diminta untuk menceritakan tentang latar belakang diri, latar belakang kokurikulum aku, nyatakan pipp, sanggup tukar opsyen untuk mengajar di pedalaman, tu je. pada ari itu jugak, aku juga telah terserempak dengan geng2 ukm. jadi tak lah gementar sangat. pada masa yang sama, aku juga berkesempatan berkenalan dengan bakal2 guru dari lepasan universiti yang lain. apa yang menariknya kami semua macam seolah2 telah kenal lama sebab masing2 boleh berbual dan berbincang tanpa segan semasa menunggu giliran untuk ditemuduga. apabila selesai seorang keluar dari bilik temuduga itu, masing2 berkongsi apa yang telah ditanya oleh panel tersebut. kiranya macam hint untuk exam la. jadi kami boleh tahu jenis macam mana panel itu dan skop soalan yang akan ditanya. secara keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan prestasi aku semasa temuduga tersebut. jadi sekarang ni, aku sedang menunggu masa untuk ditempatkan di sekolah. tak sabar rasanya nak ada duit sendiri. hehehe.
Selamat Hari Lahir Adikku
keesokan harinya, rumah aku pula telah mengadakan majlis hari jadi adikku plus tahlil. dan kebetulan juga rumah aku telah menjadi tempat menginap bagi pelajar sekolah rendah pakcik aku. yang menariknya pelajar itu pelajar pendidikan khas. walaupun masih letih balik dari temuduga, tapi menarik dapat layan bebudak tu. macam2 perangai aku tengok. akhirnya aku ade jugak pengalaman mengurus budak pendidikan khas ni walaupun sekejap. best diaorang ni. ada yang sporting. cikgu diaorang pun best jugak. tambah2 tengok gelagat cikgu dia mengurus budak tu. per2 pun nak wish hepi birthday to my lil sister.

Isnin, 28 Julai 2008

Sibuk Mengulangkaji

mesti korang pelik kan, nape lah aku sibuk ulang kaji lagi. bukan ke aku dah abis blaja. dah nak konvo lagi. hahaha. jangan la terkejut. sebab aku sekarang ni ulangkaji untuk temuduga. biar aku tukar skit term ulangkaji tu. lebih sesuai kalu dikatakan aku sekarang tengah sibuk membaca segala perkara2 yang berkaitan pendidikan dan KPM. iye lah. nanti dalam temuduga tu, macam2 panel tu bole tanya aku. tak ke menganga kalu ditanya tak dapat jawab. kurang markah untuk posting kat skolah. hehe. kat mana lagi aku nak keje kalu bukan kat skolah2 tu.

hari khamis lepas, aku telah pegi ke ukm buat kali kedua semata-mata untuk amik surat pengesahan senat. kerana gara2 temuduga ni lah. ingat kan lama. rupenye sekejap je dicetak. orang pun tak ramai kat kaunter. kebetulan berjumpe pulak dengan sorang budak kimia, a'ala. apalagi berborak sakanlah kitaorang. macam2 citer kuar. terima kasih lah a'ala sebab sudi menumpang kereta ayah dia untuk antar aku ke komuter. jimat skit tambang teksi. hehe.

minggu lepas pun dah mula temuduga cikgu-cikgi ni, apa yang aku tau sek2 kelate dengan geng2 johor dah mula. minggu ni pulak kalu geng2 kedah, sabah dan sarawak yang kena. minggu depan, geng2 melaka, negeri sembilan, selangor, perak, penang, terengganu dan seterusnya. kepada yang akan ditemuduga, I wish u gud luck for da interview.

Rabu, 23 Julai 2008

Surat Temuduga

akhirnya, surat yang aku tunggu2 telah selamat tiba di rumah ku. surat yang membawa khabar gembira bahawa aku akan memasuki alam baru iaitu alam pekerjaan. walaupun begitu, mulai sekarang aku dah tak boleh dok goyang kaki je. aku mesti melakukan sesuatu sebagai persediaan untuk menghadapi temuduga tersebut.

Rabu, 16 Julai 2008

Debat di TV9 dan Astro

semalam, memang waktu yang aku tunggu di mana telah tercatat satu sejarah di mana dua tokoh yang kita kenali telah membuat satu debat yang bertajuk 'Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak'. rancangan itu agak signifikan sekali dalam situasi negara kita sekarang. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Ahmad Shabery Cheek masing-masing telah mengeluarkan hujah yang berasas dalam perdebatan tersebut walaupun ada sedikit serangan peribadi. kini dapat lah kita mengetahui dan terdedah lah apa yang sebenar berlaku mengenai kenaikan harga minyak di negara kita ini. oleh itu, bagi sesiapa yang tak puas lagi nak menengok program debat tu, boleh lah korang melayari blog Anwar Ibrahim atau menontonnya di laman web TV3 dan TV9.

Tanah Runtuh di KMPk

dalam suratkhabar minggu ni, terdapat secebis berita yang memberitahu tentang tanah runtuh di kolej matrikulasi. sebenarnya kes tanah runtuh ni bukanlah kali pertama berlaku di kolej tersebut. sebelum ini, memandangkan aku adalah bekas pelajar kolej matrikulasi tersebut, pun pernah berlaku di depan blok L1 yang menghadap SBPI kalu tak silap (masa tahun aku) . tapi tanah runtuh kecil tu dengan cepat telah diperbaiki masa cuti sem di situ. dan kali ni dekat blok perempuan pulak yang tanah runtuh. mesti korang tak perasan kan, sebab aku slalu berjalan dekat pagar situ dan telah melihat tanah mendap di bukit2 situ.

Isnin, 14 Julai 2008

Bayar Hutang

baru2 ni dalam hari khamis lepas la, aku telah gi UKM. gi sana tu bukan saje2 je, aku nak bayar hutang dengan yuran jubah untuk konvo yang akan aku hadiri pada bulan Ogos nanti serta beberapa urusan yang agak penting. sambil tu aku nak jumpe jugak dengan kawan2 aku yang masih lagi ada di UKM tu. sambil menyelam minum air la katakan. jadi, aku nak terima kasih la pada dua orang kawan yang sudi menumpang aku di bilik mereka. satu di KUO dan satu di KAB. macam2 citer diorang yang aku dengar. disebabkan aku dok kejap je kat kolej tu, tak dapat nak jumpe semua, setakat yang berselisih dengan aku je sempat ditanya khabar. sori ek. nanti masa aku konvo, kalu takde aral aku akan jumpe dengan korang sumer. dalam nak membayar di canselori tuh, aku juga telah berjumpa dengan tiga orang kawan satu fak. apalagi berborak le memanjang dalam nak menunggu giliran membayar tu. dalam borak2 tu, baru la aku tau rupenye tak lame lagi, akan ada panggilan temuduga untuk kerja. jadi, sekarang aku kena buat persiapan. kalu tak, tak tau nak jawab dalam temuduga tu nanti. dan aku akhirnya lega sebab dah menyelesaikan semua bayaran yang perlu untuk konvo ni. jadi sekarang, aku tengah berdebar tunggu surat panggilan temuduga di rumah.

Selasa, 8 Julai 2008

Klip Video



Penantian Demi Penantian

buat masa ni, aku masih lagi di rumah. menunggu surat-surat penting yang akan tiba di rumah aku. surat yang boleh membuatkan aku gembira setelah hampir 2 bulan menamatkan pengajianku di ukm. tapi takpe aku akan terus menunggu dengan penuh harapan agar aku dapat posting cepat pada tahun ini.
baru-baru ni, aku telah sempat menemani adik aku yang balik ke UiTM shah alam pada sabtu lepas. dalam perjalanan tu pulak, teringat masa aku balik UKM dengan dihantar oleh famili aku. waktu tu memang aku paling tunggu2. bukan ape, nak jumpe balik kengkawan. seronok waktu tu. dalam bulan 8 ni, aku akan kembali sekali lagi ke UKM. bukan untuk sambung belajar tapi nak gi amik jubah sebab aku dah nak konvo. bestnyer.

Isnin, 23 Jun 2008

Seronok Baca Blog

seronok betul aku kalu membaca blog2 orang lain. sampai terlupa nak mengemaskini blog sendiri. hehehe. tapi memang betul, macam2 citer atau catatan yang diaorang poskan dalam blog tu. lagi seronok kalu baca blog orang politik. maklum lah peranan blog yang telah menggegarkan situasi PRU-12 kita beberapa bulan yang lepas. jadi sesape yang suka membaca blog, bole lah mengklik pautan blog yang telah aku sediakan di bahagian pautan blog. letih tau aku mencari semua blog ni satu-persatu.
pada pendapat aku, baca blog ni boleh mengembangkan lagi perspektif bacaan kita walaupun aku akui ada blog yang agak ekstrem kandungannya. tapi bak kata pepatah, tepuk dada korang tanya lah selera. baca sekadar pengetahuan kita je atau mungkin bole dijadikan teladan untuk diri. dalam situasi kita di Malaysia, aku mengesyorkan kalu baca suratkhabar atau menonton televisyen sambil tu baca blog sebagai media alternatif. ini adalah supaya kita dapat membandingkan isu2 yang diketengahkan dengan logik akal yang telah dikuniakan oleh-Nya. iyalah bukan kita tak tau media tradisional di Malaysia ni biasanya digunakan untuk propaganda orang tertentu sampai kita percaya bulat2 apa yang dikatakan. aku pun dah naik bosan. aku juga dari masa ke semasa akan mencari dan menambah lagi pautan blog yang sesuai untuk tatapan bloggers semua.

Keputusan Dah Keluar

tanggal 18hb Jun yang lalu, keputusan peperiksaan telah keluar. jadi seperti biasalah, semua UKM-ian termasuk akan mengakses masuk SMPWeb tu. tapi sistem kata aku ada hutang. sedey aku. huhuhu. jadi terpaksalah aku bayar hutang dulu. kepada sesiapa yang berjaya dapat keputusan cemerlang, tahniah aku ucapkan dan tingkatkan prestasi anda itu. jugak sesape yang berjaya untuk konvo bulan 8 ni, tahniah diucapkan dan jangan lupa untuk periksa balik SMPWeb 25hb ni untuk maklumat konvo.

Khamis, 12 Jun 2008

Ape-Ape Aje

23rd Anniversary of Me

tanggal 1 jun yang lalu adalah satu tarikh yang amat bermakna bagi aku. pada tarikh itu, secara autonya, umur aku pun meningkat sebanyak 1 tahun lagi. kepada semua kawan yang telah menghantar mesej2 ucapan birthday sama ada melalui frenster atau sms di hp aku, terima kasih banyak2. nanti aku wish balik ek. hehehe......

Bila Nak Posting Ni?

kini dah lebih sebulan aku meninggalkan ukm. aku pun ader jugak tanya kepada kengkawan. diaorang pun cakap tak tau. tak nampak bayang lagi. harapan aku agar posting ni tak mengambil masa yang terlalu lama. tak sedap kalu jadi penganggur sepanjang masa. hmmmmm......

jom kita tengok dua video klip ni:



Sabtu, 17 Mei 2008

Kenangan 4 Tahun........

masuk hari ni, dah dekat seminggu aku meninggalkan ukm. macam-macam kenangan yang sudah aku alami dalam masa 4 tahun di situ. bila balik umah, aku jadi sentimental sikit. dok dalam bilik, mengenangkan kisah silam kawan-kawan bermula dari tahun 1 hinggalah tahun 4. ada kisah suka, duka, lara, kelakar, kutuk, ngumpat,(oooppppsss)........................

Tahun 1

aku ingat lagi masa dapat tawaran ke ukm. bukan main gembira aku masa tu. bukan apa aku dah letih untuk belajar jauh2. mula sekolah menengah kat kelantan, lepas tu pulak mintak matrikulasi melaka dapat matriks perak. dah dapat ukm dekat skit dengan umah senang nak balik. dalam 2 jam sampai umah.

ada beberapa pengalaman yang tak boleh dilupe dalam tahun 1 ni. pertamanya masa minggu orientasi, aku dapat berjumpe balik dengan kawan baik satu sekolah menengah (sekolah sebelum aku masuk mrsm tapi kini dah tak berapa baik dah) kat kelantan. bermula dari situ lah aku mula berkenal dengan sorg2. masa minggu orientasi tu, first yang aku kenal mestilah roomate aku. namanya israa dari fak ftsm. lepas tu hanis, sham,.......dan terus berkembang. bilik aku masa tu k7c 403. paras 4 tu pulak yang aku ingat ada ehsan, fairuz, afnan, mohd, apit kedah, asri, midon, saiful, hariri, ezry......i never forget you guys. memang best sangat paras 4 waktu tu terutama sekali tentang citer 'ho tong nga'.

yang keduanya, aku juga pernah mengalami keadaan di mana sampai aku sedih2 kat depan sorang kawan aku ni menceritakan masalah yang aku sedang hadapi pada masa tu. tak boleh lupe masa tu. terima kasih lah pada kawan aku iaitu ehsan yang sudi mendengar dan bagi pandangan. sham pun sama. dia pun banyak bagi nasihat.

Tahun 2

pada tahun ni, aku berjaya mengekalkan diri aku di kolej uo. biliknya tak silap k7c 406. masa tu yang dok sekali kat paras tu ( antara yang aku ingat) ialah ehsan, khalil, zul, shah, asri, sham, apih ganu, khandaq. mula-mula aku takde roomate. lepas beberapa minggu masuk pulak farid. tahun ni aku tak bole lupe di mana result exam aku jatuh. tak tau la mana silapnye. mungkin terlalu 'main-main' waktu tu. puas jugak struggle nak naikkan balik supaya dapat atas PNG 3.0.


Tahun 3

lagi sekali, aku berjaya dapat kolej uo. kali ni kena dok flatlet pulak. bilik aku pulak k8t 207. mula-mula tak suke sebab aku pikir kena bayar mahal skit dan takde internet. tapi dah lama2 suka pulak. bukan apa, kedudukannya yang agak hujung menjadikan blok tu agak sunyi. jadi ini amat sesuai sekali dengan jiwa aku yang sukakan ketenteraman dan ketenangan. selain aku juga dapat mendengar jeritan wanita2 yang kena kejar monyet yang entah pelbagai tona suara.

pada tahun ini, aku sudah kena buat tesis. jadi masa sem 1 tu, pulun lah aku mencari tajuk yang sesuai. dan akhirnya aku amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkannya pada sem 2. dan satu lagi pada sem 3, aku kena praktikal pulak. sekolah yang aku kena pergi ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 4, Bandar Baru Bangi. macam2 pengalaman yang aku dapat di situ melayankan kerenah anak2 murid dan cikgu2 kat situ. bayangkan sekolah tu hanya ada 4 orang je cikgu lelaki. cikgu praktikal lain yang ada sekali masa tu pelajar upm dan pelajar upsi. kepada kelas 2 dinamik dan 4 kreatif, aku takkan melupakan korang. korang memang best lah.

Tahun 4

disebabkan kolej uo sedang diubahsuai, hampir semua senior termasuk aku kena dok sementara kat taman tenaga. apa yang aku ingat kena dok kat tingkat 4 tapi biliknya aku tak ingat. yang serumah masa tu ialah aku, halim, hanis, saiful, mat, clare dan peja. aku suka dok kat situ tapi bagi orang2 yang takde kenderaan macam aku agak susah skit la. kena rebut bas dan kos sara hidup pun naik lah sikit. yang paling bestnye kitaorang memasak dalam rumah tu. tapi yang rajin memasak siapa lagi kalau bukan aku dengan halim. dekat separuh sem jugak lah dok situ.

pada tahun ini juga, aku berkesempatan untuk pergi ke genting. dah rancang punye lah lama. bila pergi tu, memang best lah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. pertama kali naik roller coaster, seram jugak dibuatnya. naik go-cart pun sama, sampai aku rasa tak sabar nak bawak kereta sendiri. sejuk kat sana pun bole tahan. tapi yang penting keinginan aku untuk gi genting dah tercapai.

Rabu, 7 Mei 2008

4 Hari Sebelum Aku Balik

pada hari Selasa yang lepas, aku merasa sangat gembira. mana taknya ari tu merupakan paper yang terakhir aku hadapi dan seterusnya menamatkan minggu peperiksaan aku. terus aku rasa hidup aku ini bebas bagaikan burung yang baru lepas dari sangkarnya. dan aku juga dah boleh mula  enjoy sepuas-puasnya. dan ini juga bermakna aku telah berjaya menghabiskan semua sesi pengajian aku di ukm.

tapi aku tak tau lah apa nak buat sementara nak tunggu konvo dalam bulan 8 nanti. adakah aku akan dok umah saje atau akan pergi mencari kerja yang bersesuaian dengan aku? hmmmmmmmm. bile tanya kawan2 aku, ramai yang cakap  dah dapat kerja sampingan. ade yang dapat jadi guard, kerja kat restoran makanan segera malahan ada yang mintak sampai kat putrajaya tu, jadi kerani sambilan kat kementerian. fuh! dahsyat betul diaorang. apa yang dapat aku tengok dari situ, diaorang dah rancang apa nak buat lepas abis ni.

pada hujung minggu yang lepas, di pagi hari yang indah, aku telah berkesempatan menguji bakat aku dalam seni fotografi. tak tau le macam mana minat tu boleh datang. saksikanlah beberapa shoot ini:


Sabtu, 3 Mei 2008

Lepas Beban dan Stress......

dah lebih 2 minggu aku tak mengemaskini blog kesayangan aku ni. dah nak buat macam mana. aku kena study untuk 3 paper yang berderet baru2 ni. syukur sangat akhirnya aku dah lepas bebanan itu. cuma tinggal 1 paper lagi dalam 6hb akan datang. tapi kebimbangan aku adalah entah berapa lah result yang aku akan dapat sem ni untuk mengekalkan CGPA aku yang atas 3.0 itu.

baru2 ni juga aku sempat untuk keluar bersama dengan kawan baik aku ke kl. dia ajak tu pun sebab nak mintak temankan dia gi beli mp4. sambil tu bole lepas2 stress. pada kali ni, gi makan2 kat chicken hartz buffet (kalu nak gi makan tempat ni, gi la carik kat berjaya times square). lepas tu tengok wayang citer ironman. best jugak filem tu. banyak aksi dan kesan khas yang menarik. seronok sangat waktu tu maklum lah dalam minggu exam ni manalah ader masa nak kuar. balik je ke bilik terus terbongkang kat katil.

jadi, setakat ni je lah blog aku kali ni. terimalah 2 video klip yang terbaru ni:



Rabu, 16 April 2008

Study Week

skrg dh masuk minggu study utk xm final. spt biasa lh, pelajar2 spt aku akn sibuk belajar utk cover balik segala subjek yg telah dikuliahkan spjg sem ni. tp perkara pelik berlaku tidak spt sem2 sblm ni, aku menjd semakin kuat tido. takut jgk dgn aper yg berlaku kt diri aku ni. aku mst tekad kn diri aku kena kuat study sem ni. kena dpt result yg gempak utk sem ni.

tp smpt plk aku berblog kt cni ye. alah apa salahnye sesekali curi ms study. lpskn tension katakan. siap bole berchat dgn kawan baik aku sorg ni. hmmmmmmm. setakat ni jelah penulisan aku. nak sambung study plk. heheheehehehe. terima lah video istimewa ini.


Online Videos by Veoh.com


Online Videos by Veoh.com

Sabtu, 5 April 2008

Semakin Ke Penghujung

pejam celik pejam celik dah masuk bulan 4. dan pada masa yang sama, aku juga dah selesai dalam semua assignment aku. lega sangat sebab bebanan tu dah takde dalam kepala otak aku ni. cuma sekarang ni aku akan fokus kepada peperiksaan akhir pulak yang akan aku alami dalam kurang daripada 3 minggu. pada sem ni, aku kena periksa untuk 4 kertas je. tapi bila aku tengok slip xm aku, 3 daripadanya dok rapat2 je tarikhnye. jadi, kenalah aku belajar awal2 supaya dapat kekalkan CGPA atau lebih elok lagi kalau dapat naik.

borang posting pun dah dihantar. tak tahu la dapat mana negeri aku kena mengajar. bagi aku, dapat mengajar mana2 pun aku tak kisah tapi kalau dapat yang lebih dekat dengan aku lagi bagus. ini juga bermakna aku akan mula menghadapi alam pekerjaan yang penuh cabaran. maklumlah dalam tugas ajar-mengajar di sekolah ni banyak dugaan.

selain itu, dalam 3 minggu ni juga aku akan menamatkan pengajian. kejap je rasanya. masuk 2004 tup tap tup tap dah 2008. macam2 kenangan yang aku alami dalam 4 tahun ni. pada masa yang sama macam2 pengalaman yang aku dah kutip. diharapkan segala kenangan dan pengalaman ini dapat dijadikan pedoman dalam hidup aku.

terimalah 2 video klip khas ini:



Sabtu, 22 Mac 2008

12 hari yang lalu

hai dah 12 hari aku x mengemaskini blog ni. mana taknye lepas satu satu kerja datang untuk diselesaikan dalam masa yang terdekat. tp skrg keje tu dah selesai. jadi bertambah lega aku. berikut adalah cerita aku untuk 12 hari yang lepas:

Marathon Anjuran Pelajar Sukan & Rekreasi

pada mulanya aku agak keberatan untuk masuk acara lari melari. tapi nak buat macam mana kalu aku x masuk nanti diaorang x nak masuk jugak acara anjuran program aku kelak. dengan berbekalkan semangat juang yang ada pada pagi tu, aku menggagahkan diri untuk bangun awal. maklum lah acara mula jam 7.30 pagi. terima kasih kepada sorg kawan aku tu sebab sanggup tumpangkan aku untuk gi ke tempat pelepasan maraton tu. lebih kurang jam 8 pagi, kami pun telah dilepaskan dengan bermula di bulatan pusat kepelbagaian pelajar fpend, melalui kawasan tangki air kolej zaaba, menuruni jalan utama kolej zaaba, melintasi fakulti kejuruteraan dan diakhiri di bulatan bangunan gerbang minda fpend. letihnye tak payah cakap la. punye mencabar bile naik bukit tu. w/pun aku mendapat kedudukan terbelakang dalam larian bagi bahagian lelaki, sekurang2nya takde perempuan yang melintasi aku dalam larian tu. malu tau.

Menemubual Muallaf PERKIM

memandangkan dateline untuk kerja kursus subjek sains kehidupan makin dekat, nak x nak terpaksa aku gi jgk kt perkim minggu tu. nasib ada sorg ahli kumpulan aku ni yang dah biasa dengan perkim. jd dapat cekup 8-9 org muallaf untuk ditemubual. terima kasih kepada perkim dan jgk muallaf2 yang sanggup meluangkan masa. kami terpaksa jd wartawan kejap kat situ. hmmmm...nasib elok rakaman. kalu x, menangis aku dibuatnya nak rekod balik.

Berlakon

jangan ingat aku berlakon mcm dlm tv tu. tp berlakon untuk subjek sejarah pemikiran fizik yang aku amik sem ni. berat jgk tugasnya. w/pun ada beberapa assignment nak dibuat dan kuiz, tp sbg menjaga kredibiliti dalam kerja berkumpulan, aku kena gi jgk. nasib baik watak yang diberikan kepada aku x susah yang mana memerlukan aku menghafal skrip, kena jd model matahari dengan pepejal je. syukur sgt pd hari kena berlakon tu, semua org suke dgn lakonan kami. dan yang penting bg aku dh lepas satu beban.

Sukaneka Anjuran Pelajar Sains Tahun 3

seperti maraton tu jugak, aku menggagahkan diri untuk bangun awl pagi sebab sukaneka tu berlangsung kat stadium ukm. malu jgk pada mulanya, tp terpaksa aku masuk sbb pelajar lelaki sikit. dah lama2 kt padang tu makin seronok jdnya. sukaneka yang aku sertai tu adalah permainan org buta cari bola, penuh air dlm baldi guna pancing botol, cari gula2 dlm tepung dan kerusi berirama. terjadi jgk satu insiden di mana seorg peserta mempertikaikan cara memercik air ke muka peserta sains oleh peserta sains sukan. betul kata sorg kawan aku, sukaneka ni ada risikonya di mana kita kena sediakan peraturan2 yg jelas dlm setiap acara sukan yg dianjurkan. keputusannya kumpulan sains sukan dapat no 1 manakala kumpulan sains tahun 4 dpt tempat ke-2. ok lah tu kan.

Pertandingan Futsal & Bola Keranjang Anjuran Pelajar Sains Tahun 4

kali ni plk giliran kami untuk anjur sukan di mana kami telah memilih futsal (lelaki) dan bola keranjang (wanita). jd aku x kena main tp hari tu aku kena jd jurugambar. tugas aku kena amik gambar segala yg berlaku pada hari tu. syukur sgt sbb acara kami itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang bantahan keputusan perlawanan. semua peserta gembira pada hari tu. 
dan lepas ni aku terpaksa jd peserta bola tampar plk. w/pun aku kurang mahir, tp aku akan cuba sebaik mungkin pada hari tersebut. perlawananan bola tampar tu kali dianjurkan oleh pelajar pendidikan khas.

Makan Malam Fakulti Pendidikan

selaras dengan aku dah tahun akhir, maka pihak fakulti aku telah menganjurkan makan malam khas untuk pelajar2 tahun akhir spt aku. tidak seperti tahun2 lepas yang mana majlis ini diadakan di hotel2 berdekatan, kali ini majlis ini diadakan di dewan peperiksaan kompleks bistari. dengan tema hitam dan oren, aku sedaya upaya untuk memenuhi tema itu.
sajian pada majlis itu amat membuka selera aku di samping layanan kelas satu yang diberikan. pada malam itu kami telah dihidangkan dengan nasi bukhara dan beberapa macam jenis lauk spt, ayam goreng berempah, butter prawn, kambing masak berempah dan dalca daging. aku apalagi makan la dengan sepuas2nya.
persembahan pada mlm tu ok jgk dengan pertunjukan persembahan dr setiap program di fakulti aku. sesi bergambar jgk tidak aku lepaskan. w/pun bateri kamera aku dah flat, tp aku cuba jgk berusaha untuk merakamkan saat2 malam itu. per2 pun aku berpuashati dengan majlis makan malam tu.

Dateline Keliru & Edit Video

syukur aku sbb kumpulan aku untuk pembangunan insan dah hantar kerja kursus tu kat pensyarah. lega sgt kurang satu beban. ramai jgk sama ada minggu ni @ minggu depan. tp aku x kisah untuk hantar awal sbb dah siap. malas nak fikir2kan lg benda tu.
kali ni aku tgh mengedit video di perkim. sampai nak termuntah2 dibuatnya. mana taknya bukan semua video aku boleh letak gitu je. nak kena potong, nak masuk effect, mcm2 lg lah. tp xpe aku akan berusaha dengan sedaya upaya aku dicampur dengan semangat aku untuk menjadikan video aku ini yang terbaik. bukan apa nak kena persembahkan kat dalam dewan kuliah tu. seramnya!!!!

Isnin, 10 Mac 2008

2 Kejutan

Kejutan Pilihan Raya

alhamdullillah syukur sgt sbb negara kita baru je menghdpi pilihanraya umum yg ke-12. secara umumnya pilihanraya ini berjalan dgn lancar w/pun berlaku beberapa insiden2 di seluruh negara. dan keputusannya amat mengejutkan kita semua di mana pembangkang telah memenangi majoriti mudah di 4 buah negeri iaitu kedah, perak, pulau pinang dan selangor. manakala kelantan pula menang dgn majoriti lebih 2/3 drpd kesemua kerusi dun. gabungan pihak pembangkang juga telah berjaya menafikan 2/3 kerusi di parlimen. yg paling mengejutkan ada menteri kabinet dan ketua parti kalah di kawasan masing2. itulh penangan pembangkang bg pilihan raya kali ni.

berikutan drpd itu, pelbagai reaksi telah diberikan byk pihak ttg kekalahan bn di negeri2 terbabit. reaksi aku pulak kalu dh kalah tu terima jelah. tp jgn nk sekat segala pembgnan koridor yg telah dirancang di negeri tersbt. satu lg aku nk ingatkan pihak kerajaan jgn lh terlalu yakin dlm pilihan raya dgn buat iklan yg mcm2 seolah2 nk wujudkan satu kebimbangan di kalangan rakyat jk mengundi pembangkang. smpai aku naik muak nk tgk iklan tu. tp tgk lah rakyat x kisah dgn semua tu. kerajaan kena ingat rakyat kita skrg bukan lg mcm dulu. rakyat kita skrg dh makin maju ke hdpn dan semakin matang dlm berfikir yag mn betul atau palsu. sekian

Kejutan Mid-Sem

pg td, aku juga telah dikejutkan dgn pengumuman markah mid-sem mekanik kuantum. terus je aku rs berdebar sbb bimbang dpt rendah sgt. tp syukur aku akhirnya mendpt markah lulus shj. per2 pun aku kena berusaha dgn lebih keras utk menghdpi mid-sem final. serta kuiz2 yg dibuat dlm ms terdekat ini.

Khamis, 6 Mac 2008

Seminggu Yang Padat

sepanjang 4 thn aku menetap di ukm ni setiap semester, minggu ni lah antara minggu yang paling padat buat aku dan mgkn akan berlanjutan hingga ke minggu dpn. bukan ape, bermula dari jumaat lepas lg, aku telah gi memeriahkan karnival kolej aku yg berakhir ahad yg lalu. boleh dikatakan hari2 aku gi situ. ye lah ini lah kali terakhir aku tgk karnival ni. lepas tu pulak, makan malam punye pasal ari ahad tu aku kuar gi shopping baju. dapat lah jugak akhirnya baju yang menepati tema makan malam tu w/pun agak mahal harganya. ari isnin lepas, aku kena siapkan pulak assignment sejarah pemikiran fizik yang mengambil masa 2 hari jugak. dah selesai semua tu, barulah aku dapat study utk mekanik kuantum 1 yg hardcore tu. nasib baik aku dah study skit beberapa ari sblm karnival tu. jd ari ni, dpt jugak akhirnya aku mengisi masa lapang utk menulis blog aku ni.

Majlis Makan Malam UO

pd ari selasa yg lalu adalah ari yg bermakna buat aku. ya lah malam itu lah yg aku nanti2kan selama ini kerana aku ni dah jd pelajar tahun akhir, maka hanya malam tu lah aku dapat bergambar kenangan sepuas2nya dengan semua kawan2 yg telah aku kenali sepanjang 4 thn aku dok kat kolej tu. dengan tema merah hitam dalam Masquerade Party, hampir semua org pd malam itu menepati tema pd malam itu termasuklah para VIP dan VVIP. malam itu juga telah dimeriahkan dgn kesudian NC UKM utk merasmikan majlis itu dan persembahan2 yg agak mantap. per2 pun aku amat happening pd malam tu sbb dpt bergambar dgn hampir semua kwn2.
tp yg x bestnye pd mlm tu aku x dpt nk bergambar dgn seorg kwn tu sbb pak we dia mood x baik mlm tu. smpai kata x bole utk bergambar dgn aku. ai! jealous ke? x perlu lah jealous2 sbb aku dgn awek ko tu bukannye ade hbgn istimewa ape2 pun. plez la. slps ni pulak aku akan menghadiri satu majlis makan malam yg dianjurkan oleh fakulti. x sabar rasanya tunggu ari tu.

Alahai Mid-Sem

w/pun perlu menyelesaikan byk assignment yg perlu disiapkan dlm masa yg singkat, aku tetap jugak mencuri2 masa utk study subjek mekanik kuantum 1 yg hardcore tu. terima kasih lah kpd kawan baik aku yg telah sudi memberikan soalan2 past-year final dan mid-sem. jimat lah skit masa aku. per2 pun aku agak berpuas hati dgn jawapan yg aku berikan petang td. sbb boleh dikatakan hampir 70% soalan aku dpt jwb dgn baik. tp x tau lah brape markah aku akan dpt nnt. takutnye!!!!!

Sabtu, 1 Mac 2008

Happiness and Sadness

Karnival Varia-C KUO

malam tadi, rasmi lah sudah karnival kolej aku. w/pun terpaksa bersaing dengan 2 buah kolej yg lain iaitu KIY dan kolej Burhan, tp suasananya tetap meriah seperti karnival UO sebelum ni. meskipun aku agak sibuk dengan assignment yg dah berlambak2 dlm bilik aku, aku tetap cuba mencuri utk dtg jugak melihat majlis perasmian itu. tahun ni agak menarik jugak kerana kolej aku telah menjemput 3 band untuk menyerikan konsert kami. jadi, datang le beramai2 utk menyaksikan Flop Poppy, Nitrus dan Pop Shuvit berkonsert. macam2 program jugak telah diadakan seperti pertandingan memasak, perlawanan indoor dan outdoor games spt congkak, batu seremban, futsal, sepak takraw dan macam2 lagi lah. per2 pun yang penting datang le beramai2 ke karnival kolej aku yang berakhir pada 2 Mac ni.

Kematian dan Serbuan

baru2 ni aku telah dikenakan dengan 2 kejutan. yg pertamanya seekor kucing telah mati tidak jauh dari blok aku. aku bukan apa. aku suka jugak main dengan kucing tu. tp apakan daya ia telah ditewaskan dengan 2 ekor anjing yg entah datang dari mana menyerang kucing tu. sedih jugak rasanya. yg keduanya, baru2 ni bilik aku telah diserbu oleh pihak pentadbiran kolej. cuak jugak aku masa tu. pada masa tu aku tgh tido dan terus sedar apab diorg buka pintu bilik aku guna kunci spare. apalg terus aku bangun dlm keadaan mamai. nasib baik la aku tido dlm keadaan sopan. kalu tidak malu aku sbb felo2 pompuan pun ade jgk. rupa2nya diorg nak check bilik2 ni ada tak poster2 @ risalah2 politik. kan skrg ni tgh pilihanraya. jd diaorg tak nak bebudak ni terlibat dgn apa2 kempen. slps je diaorg gi dr bilik aku, terus aku terjaga sampai ke pagi.

Ahad, 24 Februari 2008

Macam-macam Citer

dah seminggu aku tak mengemaskini blog aku. al maklum lah sibuk sana sibuk sini kejar sana kejar sini. tapi nak buat macam mana dah lumrah kehidupan pelajar tahun akhir macam aku ni. kena isi borang tu la kena buat ni la. pada masa yang sama aku jugak mengikuti segala perkembangan berlaku di sekelilingi aku. kalu korang nak tahu, aku ni kalu boleh semua nak tahu sebab aku tak nak la jadi macam katak bawah tempurung. dok kat bilik je.

Pilihanraya Umum ke-12

yang paling menariknya sekarang negara kita dah masuk musim pilihanraya yang ke-12. jadi sibuk lah segala parti di negara ini membuat segala persiapan dengan pemilihan senarai calonnya, pasang balai operasi, gantung bendera2 parti dan calon, dan macam2 lagi lah. kadang2 tu menarik jugak pilihanraya ni, masa ni lah kita dapat dengar macam2 tohmahan, kata2 sindiran. masa tu lah tokoh2 politik yang terkenal turut keluar kat tv.

Karnival2 Kolej

w/pun dalam sibuk2 negara kita mengalami musim pilihanraya, ukm juga turut meriah dengan karnival2 yang dianjurkan oleh kolej2 yang terdapat di sini. macam2 daya penarik yang mereka tambah untuk memastikan pelajar datang. tapi yang ajaibnya dalam semester ni, aku tengok kebanyakan tarikh karnival2 diorang agak rapat antara satu sama lain hinggakan dalam satu minggu tu ada hampir 3-4 kolej menganjurkannya. jadi semacam berlaku persaingan untuk merebut pelajar untuk datang ke karnival mereka. tidak ketinggalan kolej aku jugak turut akan mengadakan karnival tahunan. jadi tunggu je lah iklan kolej kami yerk. aku juga turut berkesempatan menyertai beberapa karnival kolej baru-baru ni iaitu kolej amin, kolej ibu zain dan yang terbaru kolej pendeta za'aba. sebulan yang lalu aku jugak telah pergi ke karnival kolej dato' onn.

Makan Angin Percuma

beberapa hari yang lepas, aku dan seorang lagi kawan aku telah berpeluang untuk pergi ke bandar Sunway. aku ke sana bukan kosong2 gitu je. bukan apa nak tolong kawan baik aku yang minta jadi saksi untuk tandatangan satu borang. sementara menunggu sembahyang Jumaat di sana, aku telah berpeluang untuk meronda2 di dalam kompleks membeli-belah Sunway Pyramid. yang paling menariknya di situ aku akhirnya dapat juga merasa sebiji donut dari J Co Doughnuts and Coffee yang aku idam2kan selama ini. nikmat sangat waktu tu. selepas selesai je tandatangan benda tu, aku telah berpeluang makan angin sampai ke Kelang untuk pergi ke Jusco yang baru dibuka di sana. ia juga adalah Kompleks Jusco yang terbesar pernah dibuka dan ini telah terbukti apabila aku sampai di sana. memang besar dan luas. Per2 pun aku sangat happy waktu tu maklumlah dapat makan angin free. terima kasih daun keladi kepada adik kawan baik aku tu kerana belanja kami makan dan bawa jalan2 makan angin.

Sabtu, 16 Februari 2008

Kasih Sayang dan Kenangan

Bulan Kasih Sayang?.......

masuk je bulan februari, kita mesti dah terfikir ttg hari valentine. di tempat aku terutamanya di surau2, telah terpampang ttg cerita asal-usul hari valentine serta sebab pengharaman bagi orang muslim untuk menyambutnya. macam2 versi telah aku baca. aku bersetuju dengan beberapa kenyataan mereka itu. jadi buat apa kita nak sambut hari kasih sayang pada hari itu sahaja. agama kita telah menyuruh lama kita untuk berkasih sayang sepanjang masa serta bukan untuk orang tertentu sahaja. jadi tak perlu lah kita merayakan ek.

Makan Malam Kolej dan Fakulti

tahun ini adalah tahun yang agak bermakna bagi aku. bukan apa selain daripada aku ni pelajar tahun akhir, aku juga akan menghadiri dua buah majlis yang tidak kurang pentingnya dalam hidup ini. kedua2 majlis ini akan diadakan pada bulan mac nanti. maklumlah bila dah lepas konvo, susah dah nak jumpe kawan2 yang dah empat tahun bersama aku di ukm ni. masa ni lah dapat bergambar kenang-kenangan. setakat ni, aku takde idea lagi nak pakai baju ape yang sesuai untuk kedua2 majlis tu supaya bersesuaian dengan tema warna yang digunakan iaitu warna hitam-oren bagi fakulti dan warna hitam-merah bagi kolej. aku bersetuju dengan tema yang digunakan untuk majlis makan malam tu. per2 pun aku akan berusaha untuk memikirkan pakaian yang sesuai untuk aku pakai malam tu. jadi tunggu dan lihatlah penampilan aku pada malam tu ek.

Selasa, 12 Februari 2008

Luahanku..........

entah kenape la aku ari ni. tiba2 je aku bermuhasabah diri di dalam bilik kesayanganku itu melepaskan segala yang terbuku di hati. mungkinkah setelah aku mendengar cerita dari seorang kawanku menyebabkan aku terus bermuhasabah. tapi aku tak menyalahkan 'si dia' seratus peratus dalam hal ini. aku mengucapkan terima kasih kepada kawanku itu kerana sanggup untuk menceritakan apa yang berlaku kepada 'si dia' itu walaupun pada mulanya dia keberatan untuk memberitahunya. mungkin kerana takut aku berkecil hati dengan apa yang diceritakannya kepada aku dan seterusnya menjejaskan hubungan persahabatan aku dengan 'si dia'. bagi aku dia berhak untuk menyuarakan hatinya kerana itu memang haknya. setelah habis memuhasabahkan diri, aku telah memutuskan bahawa selepas ini aku akan lebih berhati-hati dalam hidup tumpang-menumpang ini. memang lah seronok tapi akhirnya.......aku juga telah memegang prinsip 'Life Must Go On' sejak sekalian lama walau pahit macam mana pun. kini aku juga telah sibuk dengan assignment2 yang sedang berjalan sekarang ni. jadi takde lah aku terfikir2 dengan masalah2 yang dihadapi kerana boleh serabut jadinya. terima kasih kawan kerana menceritakan segala yang berlaku. sekian, dengarkanlah video ini.

Isnin, 11 Februari 2008

Video Atas Talian

aku tau korang mesti dah biasakan menggunakan video atas talian sebagai satu hiburan baru dalam dunia web. aku tengok korang mesti pergi kat laman web Youtube je kalau nak tengok video. tak kisah nak tengok video klip artis ke, video aksi yang menarik, tengok drama, tengok ceramah politik dan macam-macam lagilah. tapi korang tau tak ade beberapa lagi laman web video atas talian yang tak kurang menarik juga. aku juga dah menggunakannya. ada antaranya lebih baik dari Youtube yang korang selalu guna tu.

di sini aku nak berkongsi dengan bagitau korang laman-laman web itu. antaranya ialah:

Veoh Video Network (www.veoh.com)
Blinkx - Video Search Engine (www.blinkx.com)
Google Video ( video.google.com)
MyspaceTV (vids.myspace.com)

sekian. selamat menonton

Celine Dion & Bee Gees " Immortality"

Add to My Profile | More Videos


Online Videos by Veoh.com

Khamis, 7 Februari 2008

Balik UKM.........

w/pun beberapa ari je aku dok umah, tapi aku berasa itu sudah memadai. bukan apa, aku harus menyiapkan beberapa assignment dan projek dalam masa terdekat ini. aku juga terpaksa melupakan hasrat untuk pergi ke kelantan. mungkin lain kali aku boleh pergi lagi ke sana. aku juga telah memilih hari pertama tahun baru cina untuk balik ke ukm. ingatkan tak ramai yang balik guna bas. rupa2nya penuh orang kat stesen bas tu. macam2 jenis orang aku jumpa tapi majoritinya orang pendatang asing tak tahu lah sama ada dengan izin @ tanpa izin. tiba2 dalam sedap2 menunggu (aku terpaksa menunggu hampir 2 jam kerana itu sahaja tiket terawal yang ada), aku tengok ada la satu pakcik ni kerja dia minta duit dengan orang. caranya dia pergi kat orang itu dan entah apa yang dibebelkan kat orang menyebabkan orang itu hanya bagi duit lalu terus blah. nasib dia tak pergi kat aku sebab pakcik tu pilih orang perempuan je (nanya juga aku kena hulur duit kat orang tua tu senang2). bila aku fikir2 balik, kaya juga pakcik tu kalau hari2 dia buat macam tu. sampai2 kat seremban, punya lah ramai orang. sampai berselisih bahu kalau nak jalan. dan majoritinya pendatang asing juga. tapi aku tak kisah, yang penting aku mesti sampai dengan cepat dan selamat ke ukm.

Sabtu, 2 Februari 2008

Pengalamanku..........

Melawat PERKIM

beberapa hari yang lalu, aku bersama dengan ahli2 kumpulan aku (telah dinyatakan dalam blog sebelum ini) telah pergi ke PERKIM. Peluang untuk menjejakkan kaki ke situ tidak disia-siakan. walaupun mengharungi suasana panas di dalam komuter, tapi itu tidak melunturkan semangat kumpulan aku untuk pergi ke tempat yang dituju. ketibaan kami di sana telah disambut oleh penjaga kaunter yang ramah. memandangkan masa yang agak singkat, kami tidak membuang masa dalam mendapatkan segala maklumat yang diperlukan untuk projek kami ini. per2 pun aku sangat berpuashati dengan temubual yang dijalankan kerana segala maklumat diperlukan telah dapat dipenuhi. aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak PERKIM kerana memberi kerjasama penuh terhadap kami dan melayan dengan penuh ramah-tamah. terima kasih daun keladi.

Cuti Mid-Sem

kali ini adalah cuti mid-sem yang terakhir bagi aku kerana sem ini adalah sem terakhir aku. walaupun cuti, tapi aku tidak dapat duduk goyang kaki di rumah. maklum lah assignment2 dah mula berjalan. tapi nak buat macam mana, dah lumrah jadi pelajar universiti. jadi, selamat bercuti. jaga diri baik2.

Selasa, 29 Januari 2008

Alahai Politik......

ape yang ingin aku sentuh di sini mungkin akan menyebabkan pihak2 tertentu akan menjadi tidak berapa senang dengan coretan ini. tapi itulah kenyataannya kehidupan ini di mana bukan semua orang akan berpuas hati dengan apa yang kita lakukan. tujuan aku menceritakan ini bukan lah untuk mewujudkan suatu polemik. tetapi suatu kenyataan yang harus kita hadapi di bumi Malaysia yang tercinta.

beberapa hari yang lalu, aku dan seorang kawan baik aku telah pergi ke fakulti. pemergian aku ini bukan saje2 nak pergi. ini adalah berikutan daripada suatu pengumuman yang telah dilakukan pada sebelah siangnya berkenaan dengan suatu mesyuarat yang diadakan oleh persatuan pelajar fakulti aku. pelik jugak pada mulanya sebab sepanjang 4 tahun aku di sini, tidak pernah dibuat atau didengar pengumuman seperti itu.

nak dijadikan cerita, aku pun pergi jugalah atas dasar ajakan kawan yang begitu bersemangat untuk pergi ke mesyuarat itu. pada malam itu agak ramai yang hadir ke mesyuarat tersebut. setelah lebih setengah jam duduk di dalam dewan yang agak nyaman sejuknya, bermulalah suatu peristiwa yang membuatkan aku terfikir sebentar.aku juga telah berbincang dengan kawan aku itu dan turut bersependapat satu perkara. perkara ini juga sedikit sebanyak ada kena-mengena dengan kerjaya yang akan kuhadapi kelak.

secara peribadi, aku berpendapat bahawa pihak tertentu tidak perlulah terlalu masuk campur dalam hal-hal pelajar (contoh persatuan pelajar). juga janganlah menjadikan perkara2 politik sebagai asas alasan untuk masuk campur dalam hal2 pelajar tersebut. seperti yang kita maklum, berpersatuan ini adalah suatu perkara yang baik untuk pelajar universiti khususnya kerana dari segi jangka panjang ia akan dapat mencungkil bakat2 kepimpinan dalam diri pelajar yang menyertainya. sekiranya campurtangan ini dilakukan atas sebab yang kurang munasabah,ini akan menyebabkan keintelektualan pelajar terbantut.akibat daripada itu, para pelajar akan menjadi pak turut sahaja.tidak cukupkah dengan pilihanraya kampus yang penuh dengan budaya ugut-mengugut pelajar itu. aku tidak menyalahkan pihak fakulti 100% atas apa yang berlaku kerana mereka mungkin telah ditekan oleh pihak2 di atasnya.

oleh itu, rakan2 ku marilah kita sama merenung ke hadapan sampai bilakah keadaan ini akan berlarutan.sekian.........

Sabtu, 26 Januari 2008

Semester Ini

SIBUK DENGAN PROJEK

memasuki semester baru ini juga pada masa yang sama aku turut melangkah ke dalam tahun baru i.i 2008. tahun ini aku akan menamat pengajian aku yang telah berlarutan selama 4 tahun. tapi ini tidak bermakna bahawa aku bole dok bergoyang kaki. kerana semester ini aku juga turut sibuk dengan beberapa projek2 yang perlu aku selesaikan demi memenuhi syarat subjek yang aku ambik. tapi takpe, projek2 ini amat bermakna buat aku apabila aku bekerja kelak.

MENJEJAK KAKI DI GENTING

tahun ini juga aku telah berjaya jugak untuk menjejakkan kaki di Genting Highlands yang sering dipromosikan di pamphlet2 pelancongan tempatan. dengan berbekalkan bayaran mengikut pakej sebanyak rm51/seorang, aku dan beberapa rakan baikku telah dapat pergi dan bermain sepuas2nya di sana. per2 pun ini lah antara pengalaman yang aku x bole lupakan setakat ini.

Khamis, 24 Januari 2008

nak ade blog jugak

tak tau la. kenape aku bole terlibat dalam tulis-menulis blog ni? mungkinkah dari pengaruh kawan2 aku yang ade blog? atau keinginan aku ingin turut 'terjebak' dalam trend sekarang yang dipanggil Web 2.0? atau ape2 je la. per2 pun yang penting aku kini bole berasa bangga kerana aku telah mempunyai blog sendiri.

jadi, kepada kawan2 yang ku sayangi, kini korang semua sudah boleh menyusuri diari kehidupan ku dalam menghadapi hari2 yang mendatang secara dalam talian (online).aku juga menggalakkan korang beri komen2 dalam blog aku ni.

ok, kawan2 selamat ber'online'