Jumaat, 28 November 2008

Minggu Terakhir Orientasi.

masuk ari ni, maka cukuplah tempoh orientasi aku di sekolah ini seperti yang telah ditetapkan oleh JPN Johor. detik2 macam ini memang aku tunggu. kawan2 yang skali dengan aku pun sama. ada antara kawan aku ni dah siap sedia beli tiket sebab dah tak sabar nak balik kampung. rindu mak bapaklah katakan. apa yang tinggal kini kami perlu kembali ke ppd batu pahat untuk bagi maklum balas tentang sesi orientasi yang telah dilakukan oleh sekolah masing2. termasuklah kena antar laporan harian orientasi dan juga esei. pada mulanya aku kena berkumpul pada ari khamis. kemudian telah ditangguhkan kepada ari jumaat. petang pulak tu. bagus sungguh strategi. nak suruh abis orientasi sampai hujung minggu ni jugak. tapi takpe aku redha je. minggu ini, skop orientasi yang dibuat ialah perkara2 yang berkaitan dengan pengurusan, organisasi pejabat, infrastruktur sekolah dan pengurusan inventori. walaupun, ada beberapa perkara tu aku tak faham sebab baru pertama kali aku mendengarnya. tapi aku tak kisah. nanti dah lama2 aku akan faham jua.

Ahad, 23 November 2008

Orientasi Minggu Ke-2

Di keheningan pagi Ahad, aku berasa sungguh tenang. Setenang air Parit Lubok yang terus mengalir di kawasan kampung atuk aku ni. Ketenangan yang agak susah untuk didapati di bandar yang selalu hingar-bingar dengan bunyi kenderaan. Kadang2 aku juga terfikir alangkah bersyukurnya apabila ditempatkan di SMK Semerah. Aku mengakui cabaran sebagai seorang guru di sekolah pinggir bandar @ kampung amat berbeza berbanding sekolah di bandar. Itulah yang aku rasai sepanjang minggu kedua orientasi ni. Minggu ni, orientasi aku berjalan seperti biasa dengan skopnya berkaitan pengenalan kepada semua unit & jawatankuasa yang terdapat di bawah GPK Akademik, GPK HEM & GPK Ko-Ku. Semasa orientasi dengan GPK HEM, en. Razif telah meletakkan aku di bawah unit data & maklumat dan unit disiplin. Untuk unit disiplin, bukanlah aku kena jadi guru disiplin memandangkan aku susah nak jadi garang tetapi sebagai pencatat rekod dalam e-disiplin (guna komputer). Manakala dalam unit
data & maklumat (guna komputer jugak) pula, aku telah dilantik sebagai penyelaras unit atau dengan kata lain sebagai ketua. Alamak baru masuk dah jadi ketua. Aku pun tak tau mengapa aku mendapat kepercayaan sebegitu sekali. Walaupun begitu, aku tetap menganggapnya sebagai satu tanggungjawab yang harus dipikul atas kepercayaan yang telah diberi. Aku terima je la. Minggu ni pun minggu cuti sekolah. Jadi en. Abu, GPK telah memberi kebenaran kepada aku dan rakanku untuk datang sebelum pukul 8 pagi dan balik selepas jam 12 tengahari. Tidak seperti hari biasa yang memerlukan aku duduk di sekolah hingga jam 2 petang. Jadi sekarang ni atas arahan PPD kepada guru baru macam aku, kena la aku mengarang satu esei mengenai hari pertama di sekolah. Wajib buat dan diantar ke PPD lagi.

Sabtu, 15 November 2008

Lapor Diri Bahagian 2. Orientasi.

1. Sebagai kesinambungan daripada catatan blog sebelum ni, kini aku nak ceritakan pengalaman melapor diri di johor bahru pada 10hb lalu. Tidak seperti tahun2 sebelumnya yang dikehendaki melapor di ppd, aku termasuk bakal2 guru lain dikehendaki melapor diri di bangunan Kompleks Islam, jb. Pada pagi lapor diri itu, aku merenung ke luar tingkap hotel penginapan sambil melayan perasaan yang bercampur baur. Mana taknya aku akan menghadapi satu alam baru iaitu alam pekerjaan. Aku seperti biasa bertolak awal untuk mengelak kesesakan. Pada mulanya, tidak kelihatan siapa pun aku kenal. Setelah aku melakukan pendaftaran di kaunter daerah batu pahat, barulah aku menjumpai geng ukm. Dayah, ira, iman, dan beberapa orang yang aku kenal muka je. Seperti biasa, ada la taklimat, motivasi skit oleh pihak jpn johor. Amat mengejutkan apabila ditunjukkan statistik pengambilan guru lelaki & perempuan. Amat sedikit bilangan guru lelaki. Untuk batu pahat sahaja, ada
pengambilan 9 orang guru lelaki sahaja. Keseluruhan johor hanya ada 96 orang guru lelaki daripada 700 orang guru baru. Bayangkanlah. Mula2 aku ingat sorang je lelaki & 4 perempuan kena kat sekolah Semerah tu. Nasib baik ada sorang lagi. Selepas abis taklimat 2-3 jam tu, kami pun mula bergerak ke daerah masing2. Dalam pada itu, sempat la jumpe jensen, sarah, faizal, nurul, eyat, farah, arathai & geng tesl lain. Jadi sekarang aku cuba untuk mengadaptasi diri ini dengan budaya tempat kerja iaitu sekolah & kehidupan di kampung. Huhu.
2. Seperti biasa la, jadual aku telah dipenuhi dengan orientasi tentang sekolah. Bermula dari pentadbirannya sampailah persekitaran sekolah. Amik masa 3 minggu lamanya. Setakat minggu pertama ni, aku rasa dah mula nampak macam mana keadaan sekolah ni. Tugas2 pejabat dah mula diberi walaupun tugas utama cikgu mengajar. Cikgu2 yang sedia ada pun dah mula kenal kami berlima. Cuma pelajar kat situ je tak brape kenal. Maklum la dah dekat cuti akhir tahun, kami tak masuk kelas pun lagi.

Selasa, 4 November 2008

Buat Biskut. Menara Taming Sari. Persiapan Lapor Diri.

1. Aik apehal nya buat biskut lagi ni. Raya kan dah lama berlalu. Ha. Bukan apa. Ini semua atas permintaan adik aku yang balik ke rumah baru2 ni. Katanya nak bagi kawan2nya rasa. Aku pun apalagi. Suka la aku dalam bab masak-memasak ni sementelahan bahan2nya telah ada sejak sebelum raya lagi. Lagipun bukan susah nak biskut ni. Jadi takde masalah untuk membuatnya asalkan mengikut kuantiti bahan yang telah dinyatakan dalam resepi. Tambahan pula aku pun suka jugak makan biskut ni. Walaupun baru pertama kali aku mengadun biskut ni, tetapi hasilnya amat meyakinkan. Takde satu pun hampeh atau dengan kata lain tak menjadi. Ada harapan la kalu aku nak buat bisnes biskut raya lepas ni. Hehehe.
2. Pernahkah korang mendengar mengenai Menara Taming Sari yang ada kat Melaka tu? Kalu korang rajin bukak suratkhabar, tentu tau pasal menara tu. Ha. Baru2 ni pun famili aku sempat la menaiki menara. Sebenarnya kitaorang tak bajet pun nak naik menara tu. Tapi ntah macam mana rasa teringin nak naik pulak. Dengan bayaran RM10 seorang bagi warganegara Malaysia (kena tunjuk IC), dapat la naik menara tu. Menara tu spesial skit sebab ia akan berputar 360 darjah pada ketinggian 80 meter. Dari situ, aku dapat tengok keindahan bandaraya Melaka pada waktu malam dengan limpahan cahaya warna-warninya. Aku rasa dalam dekat 10 minit jugak ia berputar atas tu. Jadi rancangan famili aku pulak lepas ni nak naik Eye on Malaysia yang akan dibuka tak lama lagi.
3. Gementarnya. Sekarang ni tinggal lebih kurang 6 hari je lagi aku akan melapor diri di sekolah. Sekolah mana aku tak tau lagi. Kena turun ke jb baru tau dapat sekolah mana. Menurut citer senior, sebelum ni hanya lapor diri terus kat ppd je. Tapi tahun ni jpn johor buat lain skit. Mungkin nak elak ada bakal guru yang buat rayuan untuk mengajar di sekolah tertentu sahaja. Hmmm.