Sabtu, 17 Mei 2008

Kenangan 4 Tahun........

masuk hari ni, dah dekat seminggu aku meninggalkan ukm. macam-macam kenangan yang sudah aku alami dalam masa 4 tahun di situ. bila balik umah, aku jadi sentimental sikit. dok dalam bilik, mengenangkan kisah silam kawan-kawan bermula dari tahun 1 hinggalah tahun 4. ada kisah suka, duka, lara, kelakar, kutuk, ngumpat,(oooppppsss)........................

Tahun 1

aku ingat lagi masa dapat tawaran ke ukm. bukan main gembira aku masa tu. bukan apa aku dah letih untuk belajar jauh2. mula sekolah menengah kat kelantan, lepas tu pulak mintak matrikulasi melaka dapat matriks perak. dah dapat ukm dekat skit dengan umah senang nak balik. dalam 2 jam sampai umah.

ada beberapa pengalaman yang tak boleh dilupe dalam tahun 1 ni. pertamanya masa minggu orientasi, aku dapat berjumpe balik dengan kawan baik satu sekolah menengah (sekolah sebelum aku masuk mrsm tapi kini dah tak berapa baik dah) kat kelantan. bermula dari situ lah aku mula berkenal dengan sorg2. masa minggu orientasi tu, first yang aku kenal mestilah roomate aku. namanya israa dari fak ftsm. lepas tu hanis, sham,.......dan terus berkembang. bilik aku masa tu k7c 403. paras 4 tu pulak yang aku ingat ada ehsan, fairuz, afnan, mohd, apit kedah, asri, midon, saiful, hariri, ezry......i never forget you guys. memang best sangat paras 4 waktu tu terutama sekali tentang citer 'ho tong nga'.

yang keduanya, aku juga pernah mengalami keadaan di mana sampai aku sedih2 kat depan sorang kawan aku ni menceritakan masalah yang aku sedang hadapi pada masa tu. tak boleh lupe masa tu. terima kasih lah pada kawan aku iaitu ehsan yang sudi mendengar dan bagi pandangan. sham pun sama. dia pun banyak bagi nasihat.

Tahun 2

pada tahun ni, aku berjaya mengekalkan diri aku di kolej uo. biliknya tak silap k7c 406. masa tu yang dok sekali kat paras tu ( antara yang aku ingat) ialah ehsan, khalil, zul, shah, asri, sham, apih ganu, khandaq. mula-mula aku takde roomate. lepas beberapa minggu masuk pulak farid. tahun ni aku tak bole lupe di mana result exam aku jatuh. tak tau la mana silapnye. mungkin terlalu 'main-main' waktu tu. puas jugak struggle nak naikkan balik supaya dapat atas PNG 3.0.


Tahun 3

lagi sekali, aku berjaya dapat kolej uo. kali ni kena dok flatlet pulak. bilik aku pulak k8t 207. mula-mula tak suke sebab aku pikir kena bayar mahal skit dan takde internet. tapi dah lama2 suka pulak. bukan apa, kedudukannya yang agak hujung menjadikan blok tu agak sunyi. jadi ini amat sesuai sekali dengan jiwa aku yang sukakan ketenteraman dan ketenangan. selain aku juga dapat mendengar jeritan wanita2 yang kena kejar monyet yang entah pelbagai tona suara.

pada tahun ini, aku sudah kena buat tesis. jadi masa sem 1 tu, pulun lah aku mencari tajuk yang sesuai. dan akhirnya aku amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkannya pada sem 2. dan satu lagi pada sem 3, aku kena praktikal pulak. sekolah yang aku kena pergi ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 4, Bandar Baru Bangi. macam2 pengalaman yang aku dapat di situ melayankan kerenah anak2 murid dan cikgu2 kat situ. bayangkan sekolah tu hanya ada 4 orang je cikgu lelaki. cikgu praktikal lain yang ada sekali masa tu pelajar upm dan pelajar upsi. kepada kelas 2 dinamik dan 4 kreatif, aku takkan melupakan korang. korang memang best lah.

Tahun 4

disebabkan kolej uo sedang diubahsuai, hampir semua senior termasuk aku kena dok sementara kat taman tenaga. apa yang aku ingat kena dok kat tingkat 4 tapi biliknya aku tak ingat. yang serumah masa tu ialah aku, halim, hanis, saiful, mat, clare dan peja. aku suka dok kat situ tapi bagi orang2 yang takde kenderaan macam aku agak susah skit la. kena rebut bas dan kos sara hidup pun naik lah sikit. yang paling bestnye kitaorang memasak dalam rumah tu. tapi yang rajin memasak siapa lagi kalau bukan aku dengan halim. dekat separuh sem jugak lah dok situ.

pada tahun ini juga, aku berkesempatan untuk pergi ke genting. dah rancang punye lah lama. bila pergi tu, memang best lah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. pertama kali naik roller coaster, seram jugak dibuatnya. naik go-cart pun sama, sampai aku rasa tak sabar nak bawak kereta sendiri. sejuk kat sana pun bole tahan. tapi yang penting keinginan aku untuk gi genting dah tercapai.

Tiada ulasan: