Rabu, 31 Disember 2008

Aku Kini di Flickr. Pindah Ke Rumah Sewa. Membeli-Belah di Batu Pahat. Berakhirnya Tahun 2008.

1. Selaras dengan minat aku dalam bidang seni fotografi dan juga kegilaan aku dalan menjalin hubungan rakan dalam rangkaian sosial yang kini menjadi trend di alam siber, kini aku telah mewujudkan diri aku di salah satu laman web perkongsian foto yang terkenal iaitu Flickr (http://www.flickr.com). Oleh itu, aku juga telah mewujudkan satu 'link' atau sambungan di bahagian Rangkaian Sosial Aku supaya korang boleh melihat koleksi foto yang aku kumpul sekian lama. Berikut adalah petikan kata di profil Flickr aku:
Aku seorang yang amat meminati bidang seni fotografi..........
Kadang-kadang ia boleh membuat kita terpegun dengan calitan seni yang terungkap di dalamnya.........
Yang mana seni itu boleh dirungkai tafsirannya dengan pelbagai cara bergantung kepada siapa pemerhati dan pengkritiknya.......
Ia boleh terjadi sama ada dengan sengaja dan tidak sengaja.........
Ia juga boleh membentuk kita supaya menjadi seorang yang teliti dan mempunyai halus jiwanya...........
Serta dapat memperkembangkan kemahiran yang dimiliki supaya menjadi lebih kreatif dan kritis pemikirannya............
Itulah ia seni fotografi.........
2. Setelah sekian lama menumpang di rumah atuk aku, kini aku telah berpindah ke rumah yang telah aku sewa sejak lebih sebulan yang lalu. Boleh dikatakan rumah sewa ini agak selesa dengan beberapa kelengkapan perabot seperti kerusi sofa, meja makan, katil masih lagi elok sementelahan ditinggalkan oleh tuan rumah yang telah berpindah ke rumah barunya yang lebih besar. Memandangkan ruangan di rumah atuk aku agak terhad, terpaksalah aku berpindah keluar walaupun atuk aku agak keberatan untuk melepaskan aku. Iye lah atuk mana tak sayang cucu. Tapi dia sudi melepaskan aku sebab dia tahu aku memang dah biasa berdiri di atas kaki sendiri semenjak di sekolah menengah lagi. Lagipun, bukan jauh sangat pun rumah sewa aku dengan rumah atuk aku. Dalam 5-10 minit naik kereta sampailah. Tambahan pula, aku memerlukan ruang yang agak besar untuk diletak dan ditampung dengan pelbagai barang penting yang aku bawa dari rumah untuk mengharungi kehidupan sebagai guru yang entah berapa lama akan aku mengajar di sekolah itu. Mana tau mungkin satu hari aku akan kembali jua ke negeri warisan dunia iaitu Melaka.
3. Jualan murah masih belum tamat. Jadi aku bersama Azad telah pergi ke pasaraya Carrefour untuk membeli beberapa barang kelengkapan bilik aku yang masih lengang. Lagipun, aku cuma nak tau jalan untuk ke pasaraya itu supaya senang lepas ni kalau ada barang yang nak dibeli. Sebab aku dah merayau di pasaraya lain takde barang yang berkenan. Mujur ada Carrefour. Satu lagi terima kasih kat Azad sebab sudi belanja aku minum pagi kat kopitiam Rengit Coffee yang terletak di Carrefour tu. Jadi aku telah memilih untuk makan 'Lemon Chicken Sandwich' dan 'Milk Mocha'. Sedap jugak rasanya. Barang-barang yang aku beli seperti papan menggosok, pemutar skru, rak kayu kecik, 'garment rack', 'garment wardrobe'. Entah tiba-tiba boleh terbeli pulak sehelai baju dan dua pasang seluar track. Habis la jugak dalam RM200 lebih kurang. Selesai membeli-belah di Carrefour, kitaorang bercadang pulak untuk pergi makan kat satu kedai nasi beriani paling terkenal di Batu Pahat iaitu Nasi Beriani Mat Shah. Kedainya terletak di 'foodcourt' Peserai. Waktu kitaorang gi situ memang ramai orang menikmati nasi beriani di situ. Terjumpe pulak sorang cikgu sekolah merangkap rakan sekerja aku iaitu Cik Norul. Lagi sekali Azad belanja. Aku cuma belanja air limau ais je. Sedap jugak airnya. Walaupun begitu, pada hari tersebut aku berasa puas sebab akhirnya dapat jugak melengkapkan bilik aku serba sedikit.
4. Bersempena hari ini adalah bertarikh 31 Disember 2008, aku paksa jugak diri aku untuk mengemaskini dan membuat catatan terakhir sebagai simbolik sebelum menjelangnya 1 Januari 2009. Segala apa yang aku rasakan, apa yang aku capai pada tahun ini biarlah aku simpan sahaja di benak kepala otak aku ini. Memang diakui tahun ini macam-macam peristiwa gembira, sedih telah aku alami. Mengenai azam pula, aku tidak ada sebenarnya. Tapi apa yang telah aku fikirkan kini ialah untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan aku iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh itu, di sini aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009M serta sedikit terlewat untuk mengucapkan Selamat Maal Hijrah 1430H. Semoga hidup kalian semua diberkati selalu.

Sabtu, 27 Disember 2008

Sudah Punye Broadband Sendiri. Kembali Ke Sekolah.

1. Setelah memiliki barang penting yang pertama (bole dirujuk pada catatan sebelum ni), kini barang penting yang seterusnya adalah memiliki talian broadband sendiri. Pemilikan broadband memang dah lama aku idam2kan. Kiranya macam talian hayat aku untuk terus berhubung dengan semua rakan yang aku kenali dari sekolah rendah hinggalah di universiti atau di mana2 saja sama ada di Friendster, Myspace, Facebook, Blogger dan berchat di YM. Nak antar emel pun senang. Di samping itu yang paling penting bagi aku memerlukan broadband ni bukan apa sebab dapat memudahkan aku untuk mencari dan mengakses bahan2 menarik yang merata2 di laman2 web agar dapat digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Tak perlu lagi untuk ke kafe siber selalu. Nak harapkan buku teks saja tak cukup. Jadi aku juga tak nak pelajar bosan dengan matapelajaran ini. Aku mesti berusaha supaya pelajar minat dengan subjek penting ini.
2. Sebenarnya aku kini sudah kembali ke sekolah. Kali ni bukan lagi sebagai pelajar sekolah yang telah aku tinggalkan 5-6 tahun dahulu dengan pelbagai memori terindah yang tercipta tetapi sebaliknya kini aku telah kembali dan dipertingkatkan tarafnya sebagai seorang guru yang bertanggungjawab untuk mendidik anak bangsa tanahairku. Cewah ayat. Lagipun bukan apa, pihak sekolah dah panggil untuk mesyuarat guru. Walaupun begitu, aku belum tau lagi subjek yang kena ajar tetapi akan diberitahu apabila mula sesi persekolahan nanti. Cuma menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan perancangan sekolah tahun depan termasuk peringatan yang berkaitan dengan guru. Tak semua maklumat dalam mesyuarat guru dapat diserapkan sepenuhnya di benak kepala aku ni disebabkan gurau senda guru yang tak kurang hebatnya sementelahan bertemu semula selepas bercuti lama. Tugas2 jawatankuasa pun telah turut dinyatakan dalam buku takwim sekolah dan senarai tugas yang diberi
sebelum mesyuarat bermula. Jawatankuasa yang aku terlibat bole tahan juga. Tapi per2 pun aku menganggap semua ini sebagai lumrah tanggungjawab aku sebagai guru dalam memastikan sekolah ini dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan efisien dan dapat mencapai semua misi dan visi yang telah ditetapkan.

Ahad, 21 Disember 2008

Perancangan Untuk Membeli-Belah. Kenduri Kahwin.

1. Sekarang ni musim jualan murah yang sedang berlangsung dari 29hb nov lepas hinggalah 4hb jan depan. Tiba2 aku rasa tidak patut untuk melepaskan jualan akhir ni. Tambahan pula aku baru dapat duit sendiri. Ish! Tak bole jadi ni. Walau macam manapun, aku kena gi jugak. Jadi aku telah merancang untuk membeli beberapa barang penting supaya tak terlebih bajet. Cadangnya yang pasti baju (mesti beli). Lepas tu, barang2 untuk kelengkapan rumah sewa aku. Lagi satu, alat tulis pun penting jugak. Aduhai bole tahan juga senarai barang yang nak kena beli. Huhu.
2. Baru2 ni, aku telah menghadiri 2 kenduri kahwin. Aku pun memang dah maklum dalam musim cuti skolah ni adalah musim orang ramai naik pelamin. Salah satunya dekat kampung mak aku je. Dan yang satu lagi tu dekat kuantan. Walaupun jauh tapi aku suka sebab dapat jalan2 menjelajah negeri orang. Kadang2 aku seronok juga tengok orang kahwin ni sebab dapat meraikan peristiwa yang paling bermakna dalam hidup diaorang. Sekali dalam seumur hiduplah katakan. Dari sambutan yang serba sederhana hinggalah yang semeriah macam Mawi dan Ekin yang kahwin minggu ni. Ada jugak aku terfikir bila agaknya aku dapat naik pelamin ye. Teeeet! (bunyi ala2 Fara Fauzana). Macam mana nak naik pelamin, calonnya pun takde lagi. Oops! Terpecah di mulut pulak.

Sabtu, 13 Disember 2008

Tempahan Penting Yang Telah Tiba. Jawapan Kepada Anisfami & I-nie. Bil Telepon Melambung.

1. Dalam catatan blog bertajuk "Tempahan Penting", aku ada menyatakan bahawa aku telah membuat satu tempahan yang amat penting. Catatan ini telah mencetuskan teka-teki kepada 2 orang kawan aku ni. Maka tanggal petang semalam selamatlah tiba benda yang aku tempah itu. Aku menjangkakan ia akan tiba pada minggu depan berdasarkan beberapa prosedur yang perlu dilalui oleh benda itu. Tapi sebaliknya, pada pagi Jumaat tu, jurujual itu telah menelefon aku agar mengambilnya. Memang gembira betul aku waktu tu. Terus hilang mamai tido pagi tu. Disebabkan aku tak berape biasa lagi, aku pergi mengambilnya dengan abah aku pada petangnya. Setelah menandatangani beberapa dokumen sebagai tanda penyerahan benda itu, maka secara rasmi benda itu kini menjadi milik aku. Yang tinggal sekarang aku harus membayar benda itu setiap bulan dan menghantar ia untuk pemeriksaan rutin pada waktu ditetapkan. Walaupun begitu, aku tak kisah sebab aku dah suka dan mula jatuh hati dengannya. Sebenarnya benda yang aku maksudkan dalam cerita ni ialah Persona, kereta aku sendirian berhad. He.
2. Jawapan kepada pertanyaan korang tu aku dah jawab dalam perenggan sebelum ni. Aku tak dapat nak jawab dalam blog korang sebab internet aku kat sini ada kureng skit. I-nie! Bila ko tanya pasal nametag tu, baru aku teringat nak buat.
3. Aduhai! Bil telepon aku melambung lagi. Kali ni dah mencapai seratus lebih. Terpaksa la aku bayar nanti kat abah. Dah tak nak membebankan dia lagi. Bil2 lain pun dia kena bayar juga. Lepas ni, aku akan cuba untuk mengurangkan bil telepon aku ni. Huhu.

Selasa, 9 Disember 2008

Hari Raya Qurban

Pada raya kali ni, aku telah menyambutnya di kampung sebelah mak aku memandangkan sorang mak sedara yang aku panggil Mak Ngah melakukan ibadah korbannya di sini. Walaupun adik aku tak dapat balik sebab jadi ajk sukan universiti asean, namun sambutan tetap juga meriah berada di samping mak2 sedara & sepupu2 aku yang begitu ramai. Juadah seperti ketupat turut dibuat. Yang paling best ada kari ayam kampung. Nyam nyam sedapnya. Hujan lebat yang bermula dari malam raya hinggalah siang keesokannya telah menyebabkan banjir di belakang umah Mak Minah aku tu. Nasib baik tak sampai air dalam umah sebab kawasannya yang agak tinggi. Oleh itu di kesempatan pada ari yang mulia ini, aku ingin ucapkan selamat ari raya Aidul Adha kepada semua kawan blogger aku yang beragama Islam.

Sabtu, 6 Disember 2008

Cuti-Cuti di Rumah. Tempahan Penting.

1. Masuk ari ni, cukuplah seminggu aku dok di rumah. Merehatkan diri setelah mengharungi 3 minggu untuk orientasi di sekolah. Walaupun begitu, takde lah aku dok goyang kaki je. Ada la skit mengemas umah, sapu2, basuh pinggan mangkuk belanga, sidai &angkat baju. Keje2 yang aku slalu kena buat kalu balik umah. Di samping itu, aku juga sedang merancang tentang barang2 yang akan dibeli & dibawa untuk diisi dalam rumah sewa aku tu nanti. Dalam tengah relaks2 di rumah, tiba2 melayang di ingatan aku semasa majlis penutup program orientasi di ppd batu pahat minggu lepas, ada sorang perempuan ni tiba2 menegur aku. Seperti biasa, aku tak mengenalinya. Lepas tu, perempuan ni terus bukak citer yang mengatakan bahawa muka aku ni dia pernah jumpe masa aku tadika abim dulu dan naik bas skali untuk balik umah. Fuh! Punye lah aku kagum dengan perempuan ni. Ingat lagi dia muka aku ni. Dia ada bagitau pasal liyana, jiran belakang umah merangkap rakan skolah rendah aku tapi
kini dah pindah. Umah perempuan ni pun sebelah je dengan taman perumahan aku. Tapi masa kat ppd tu, takde pulak geng ukm aku jumpe sebab aku rasa macam ada je.
2. Dalam dok di umah beberapa ari ni, aku juga telah menempah suatu benda yang bagi aku penting semasa di sekolah nanti. Semalam, aku juga telah menandatangani perjanjian & borang2 berkaitan untuk tempahan itu. Berdasarkan kata penjual itu, benda itu akan sampai dalam 2 minggu lagi. Aku harap benda itu sampai tepat pada masanya sebab aku dah tak sabar untuk menggenggamnya. Yuhoo!